Isnin, 16 Mei 2016

Nasi daging untuk berbuka puasa ..resepi fb

Nasi daging
By lyana

Bahan-bahan:
½kg daging (hiris dan rebus bersama halia dan 1 sudu rempah kurma hingga lembut,sedikit garam)
4 cawan beras (dibersihkan)
4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
1cawan susu cair
1 sudu besar rempah kurma
daun pandan
1 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula
daun ketumbar


Bahan tumis:
kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia( di mayang)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, gaul sedikit..
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.