Memiliki tubuh langsing merupakan idaman setiap kaum wanita. Salah satu
caranya ialah dengan meminum jamu tradisional. Meminum jamu kunyit asam
dipercayai berkesan menurunkan berat
badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses
metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka
oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur
keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.
Selamat mencuba
Bahan2
Cara2 membuat
Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk.
Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air.
Setelah selesai merebus, blend kesemua bahan yang direbus bersama2 dengan air rebusan.
Saringkan dan ketepikan hampasnya.
Jus
yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus
di atas api perlahan bersama2 dengan gula melaka dan air asam jawa.