Jumaat, 13 Mei 2016

ucapan persaraan guru sekolah



Assalamualaikum warahmatullahhi taala wabarakatuh, salam satu Malaysia dan salam sejahtera semua.

Yang dihormati dan disanjung tinggi Puan Pengerusi/Pengacara Majlis………….( nama pengerusi)

Yang Berusaha ……………….( nama Pengetua)
Yang Berusaha …………………( Pen. Kanan Pentadbiran )
Yang Berusaha ………………….( Pen. Kanan HEM )
Yang Berusaha …………………..( Pen. Kanan Ko-Kurikulum )
Yang Berusaha …………………..( Guru Pen. Kanan Tingkatan 6 )
Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan
Yang dihormati para kanselor
Yang dihormati guru-guru
Yang dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah
Yang disayangi para pelajar dan anak-anak didik cikgu sekalian.

Alhamdulillah hirabbil alamin wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhammadin walaala alihi wasahbihi wassalam. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada tengah hari yang ceria ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW. Mari pula kita doakan kepada muslimin dan muslimat yang mendahului kita telah kembali ke rohmatullah semoga roh mereka di tempatkan pada sisi orang-orang yang beriman. Mari pula kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung, negeri dan negara Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai. dan marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara Iraq, Mesir, Palestin, Libya, Tunisia, Selatan Thailand yang sedang bergolak dilanda perang saudara yang kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila akan berakhir. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih banyak kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara kita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.

Guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian.

Pada hari ini tanggal tarikh …………( hari ) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini hari terakhir saya bekerja dan sampai tempuh  bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama ………. tahun …… hari yang bermula pada tarikh ……. sehingga ……... Tarikh kuat kuasa sebenar persaraan saya ialah pada ……….

Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada ………… ( Pengetua ) kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga. Dalam berkarya sebagai kerjaya guru selama …………tahun dalam ……… yang sempat bertugas di …… buah sekolah menengah tidak pernah dibuat majlis perpisahan yang sebegini meriah.
 Cerita sejarah dalam pekerjaan .  dan ulasan berasaan yang dirasa anda

Selama bertugas dibanyak tempat tugas, tidak pernah dibuat majlis penghantaran dan sambutan seperti pada tengah hari ini. Tidak pernah merasai suasana dihantar dan disambut, apalagi dihargai dan dipuji sanjung. Tapi pada hari ini suasananya amat berlainan sekali, saya terasa sungguh dihargai dan dihormati dengan majlis yang diadakan. Ibarat kata permata timbul di hujung senja.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ---------------- yang diketuai/dipengerusikan oleh ……………. yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh ………………….. Syabas dan tahniah. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah diatur seperti menyediakan beca berhias, perarakan kumpulan kompang, perbarisan bunga mangga pasukan beruniform, pemberian cendera kenangan, dan seterusnya meminta saya mengenaikan set pakaian melayu beserta tengkolok. Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sokongan sekolah dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu terhadap majlis perpisahan saya ini. Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi kemaafaan kepada semua pihak dan mengizinkan segala perkongsian ilmu yang didapati daripada saya. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak ( guru-guru, kaki tangan sokongan dan para pelajar ) jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.

Kepada pengetua ……………. dan para pentadbir ……………, saya terpaksa memohon maaf secara khusus dan terbuka kerana memang ada kesalahan dan kesilapan.


Guru-guru dan para pelajar sekalian. •Sebenarnya jasa saya kepada sekolah ini selama ……… tahun ………. bulan bertugas di sini tidaklah seberapa. Guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian. Bermula pada hari ini, terputus sudah hubungan rasmi saya sebagai guru atau kaki tangan perkhidmatan awam Malaysia dengan para pelajar, guru, PPD, JPN, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah bersara. Namun begitu roh, semangat dan jiwa kependidikan masih tebal menapak dan membara di dalam diri, jiwa dan sanubari saya. Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada sesiapa sahaja asalkan untuk kemajuan pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara dan bangsa. Tugas guru pada akhir-akhir ini amat berat dan mencabar. Guru adalah arkitek dan juruteknik manusia. Profesion keguruan berbeza dengan tugas-tugas kaki tangan perkhidmatan awam lain. Kaki tangan perkhidmatan awam lain seperti polis, tentera, doktor, pegawai daerah, peguam, hakim dan lain-lain menggunakan ilmu yang dimilki pada dirinya sebagai pelaksana tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan kepadanya. Tetapi guru menggunakan ilmu