Khamis, 16 Jun 2016

biskut suji tradisional dr fb my lovely kichen

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus ( gula kastor)
1 cawan minyak sapi
Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan

Cara Membuat Biskut Suji Tradisional

Cairkan minyak sapi dalam kuali dan tuang ke dalam bekas menguli.
Campurkan dengan 1 cawan gula halus.
Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata sehingga sebati
Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.
Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.
Sapu minyak dengan marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.
Bakar pada suhu 150 `c dalam masa 15 minit.
Nampak mudah dan ringkas sahaja cara membuatnya kan.Inilah resepi yang paling saya suka sebab pertama bahannya tak banyak, cara buatnya juga simple dan memang gerenti sedaplah kan,