Jumaat, 17 Jun 2016

Resepi Biskut Coklat Cornflake

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b.

Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.

Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.

Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.