Jumaat, 17 Jun 2016

DAGING LADA HITAM ALA THAI DR FB RESEPI ANEKA MASAKAN

DAGING LADA HITAM ALA THAI
.
Bahan-bahannya ialah:
.
500gm daging batang pinang, (dihiris dan digoreng separuh masak)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 buku bawang besar (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
2 biji bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih, (di racik)
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar)
3 batang lada hitam yang masih hijau
3 sudu besar cili boh atau cili kisar
3 sudu besar perahan limau nipis
3 buku capsicum - boleh guna warna berlainan bagi tambah menarik.
1 helai daun limau purut
.
Cara-cara
.
Tumis cili boh, semua bahan yang telah dikisar, dan lada hitam sehingga naik bau. Kemudian masukkan kicap dan perahan limau nipis serta daun limau, tumis sehingga sedikit kering, masukkan sedikit air kemudian terus masukkan daging yang telah di goreng separuh masak.
.
Kacau dan masukkan lada hitam yang masih hijau, capsicum dan sedikit air lagi. Perasakan dengan garam, biarkan daging betul-betul masak. Sedia untuk dihidang.