Struktur
Pentadbiran KerajaanTempatan.
Kerajaan
tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran Kerajaan
Malaysia. Kerajaan tempatan yang berada di luar Wilayah Persekutuan terletak di
bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan tempatan bertanggungjawab untuk
merancang, menyelaras, dan mengawal penggunaan serta aktiviti memajukan tanah
dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan tempatan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
oleh pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan
Kerajaan Tempatan merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri. Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
penubuhan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai badan
penggubal dasar-dasar negara untuk menggalak, memaju, dan mengawal Kerajaan
Tempatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak
peraturan-peraturan yang telah diluluskan. Hal ini bermakna Kerajaan Negeri,
sesuatu peraturan tidak dapat dilaksanakan sehingga mendapat persetujuan
daripada Kerajaan Negeri.Merupakan kerajaan yang bersaing memandangkan kerajaan
tempatan mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti : a) Membuat undang-undang
kecil (by laws) b) Mengutip cukai dan sewa c) Menubuhkan kumpulan wang Pihak
Berkuasa Tempatan .
Tujuan
Penubuhan
Tujuan penubuhan KerajaanTempatan
adalah memberi peluang kepada rakyat atau penduduk tempatan mengambil
bahagian dalam pengurusan kawasan yang mereka diami. Secara tidak langsung hal
ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama rakyat dengan kerajaan. Memastikan
bahawa keputusan-keputusan yang mengandungi kepentingan rakyat dapat dibuat
dengan cepat dan selaras dengan keperluan atau kehendak penduduk tempatan.
Jenis
Kerajaan Tempatan.
Akta 171
itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk
kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Bagaimanapun,
Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya.
Kerajaan tempatan di negara ini disusun mengikut hierarki seperti berikut : a)
Bandar raya – dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya b)Bandar –
dikenali sebagai Majlis Perbandaran c) Luar bandar – dikenali sebagai Majlis
Daerah.
Susunan Organisasi dan Kakitangan.
Kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan
melalui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Kerajaan
Tempatan. Penguasa tempatan di Sabah
dikawal oleh Kabinet Negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan.Di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian
Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Di Sabah & Sarawak, ketua
eksekutif penguasa tempatan biasanya digelar Presiden atau Pengerusi.Pemegang
jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri,
dilantik oleh ketua negeri (sultan atau Yang di- Pertua Negeri) atas nasihat
kerajaan negeri.
Jemaah Menteri , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
Pihak Berkuasa Tempatan
a) Jemaah Menteri
Jemaah menteri (juga dikenali Kabinet) merupakan badan
yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDA. Ini bermakna kuasa
pemerintahan Negara berada di tangan cabinet. Kuasa membentuk cabinet
diserahkan kepada parti yang mendapat kedudukan majority dalam Parlimen.
Jemaah menteri diketuai oleh PM yang dilantik oleh YDA
iaitu ketua parti pemerintah. Ahli Dewan Rakyat yang
mendapat kepercayaan majority ahli Dewan tersebut. Ahli-ahli cabinet terdiri daripada menteri-menteri yang
dilantik oleh YDA atas nasihat PM. Jumlahnya tidak ditentukan oleh perlembagaan
tetapi berdasarkan keperluan dan biasanya tidak terlalu ramai. Setiap menteri
mengetuai kementeriannya.Kabinet mengadakan mesyuarat sekali seminggu.Ketua
Setiausaha Negara menjadi Setiausaha Kabinet.
Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang membentuk
dasar dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan dasar yang dibuat. Dasar-dasar
ini dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.Bagi membantu cabinet menjalankan
tanggungjawabnya beberapa jawatankuasa ditubuhkan sama ada bersifat tetap atau
ad-hoc bergantung kepada keperluan dan isu-isu semasa.
b)Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
Melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat negeri. Di
Sabah disebut Kabinet dan Sarawak disebut Majlis Tertinggi atau juga disebut
cabinet.Badan ini merupakan pembentuk dasar di peringkat negeri dan bertindak
menasihati Raja-raja/Yang Di-Pertua Negeri kecuali dalam hal berkaitan dengan
Agama Islam dan Adat Istiadat.
Diketuai oleh seorang Menteri besar atau Ketua Menteri
yang dilantik oleh Raja/YDN di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang
mencatat kepercayaan majority .Ahli dewan dipanggil Exco (Sabah dan Sarawak
dipanggil Menteri) dan tiga orang pegawai kanankerajaan ex-officio iaitu,
Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai kewangan Negeri dan penasihat Undang-undang
Negeri.Jumlah exco berbeza dari satu negeri dengan yang lain.
Setiap EXCO mengetuai sekurang-kurangnya satu
jawatankuasa (Sabah dan Sarawak dipanggil Kementerian) yang ditubuhkan untuk
menyelaaras perkara-perkara tertentu seperti perindustrian,pertanian,hal ehwal
agama, perumahan, alam sekitar, kerajaan tempatan, pendidikan,
pelancongan,kebajikan masyarakat,dan aspek-aspek yang mempunyai kepentingan
kepada pembangunan sesuatu negeri itu. Di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan system
cabinet setiap Kementerian diketuai oleh menteri dan diwujudkan pembantu
menteri (kadang-kadang lebih daripada seorang)
c)Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
·
Melaksanakan fungsi berdasarkan peruntukan undang-undang khasnya Akta 171
·
KT mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu
·
Mengeluarkan lesen penjaja dan lesen perniagaan di kawasan PBT
masing-masing
·
Mengutip cukai harta benda dan sewa gerai kepunyaan PBT masing-masing
·
Membuat undangan kecil untuk dilaksankan di kawasan PBT masing-masing
·
Memperolehi sumber kewangan daripada ;
·
Sewa,hasil cukai dan bayaran perkhidmatan
·
Bantuan kewangan daripada kerajaan negeri
·
Pinjaman khas daripada kerajaan persekutuan
·
Belanjawan diluluskan oleh kerajaan negeri masing-masing
·
Arahan dasar diberi oleh kerajaan negeri.
Kuasa-kuasa
kerajaan Tempatan
i.
mengadakan
undang-undang kecil ‘by-laws’
ii.
mengutip
cukai,kadar sewa dan lain-lain
iii.
berautonomi
kewangan
iv.
melantik
kakitangannya sendiri.
Kuasa-kuasa
Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan
i.
menerima atau
tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada
secara penuh atau sebahagian sahaja
ii.
mengawal
perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
iii.
melantik ahli
majlis,datuk Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan
iv.
meluluskan
belanjawan penguasa tempatan
v.
meluluskan
pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan
lain-lain
vi.
meluluskan
perjawatan penguasa tempatan
vii.
mempunyai budi
bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii.
mengesahkan
undang-undang kecil spt cukai pintu dsb.
ix.
Boleh
melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa
tempatan spt. Cukai pintu
x.
Memberi arahan
jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan
xi.
Kerajaan negeri
menampung jumlah perbelanjaan yang tidak mencukupi oleh penguasa tempatan
xii.
Kerajaan negeri
akan mengadakan pemantauan segala kegiatan pihak kerajaan tempatan
xiii.
Mempunyai kuasa
untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada fungsi penguasa tempatan
kepada Menteri Besar
xiv.
Meluluskan
segala jenis perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat seperti urusan pungutan
sampah dan lain-lain.