Rabu, 5 Oktober 2016

Lawatan ke taiping .. percutian budget

Hujung minggu lepas bawa pelajar-pelajar tingkatan 1 ke lawatan di Taiping , lawatan sambil belajar sehari ja.. kutipan rm50 seorang untuk ahli rombongan ... kami bertolak dalam pukul 8.15 pagi pada hari Jumaat dari Perlis dengan menaiki bas, kami sewa bas Impian Sejati ( no telefon bas 0195575766) . Kami tempah nasi goreng rm2  untuk pelajar dan guru untuk makan pagi bersama air mineral sumbangan koperasi sekolah . Singgah sembetar di R&R Gurun untuk pelajar ke bilik air atau ingin membeli apa-apa selama setengah jam. Seterusnya bertolak ke Taiping. Kami samping di Taiping dalam pukul 12.00 tengahari . Destinasi pertama kami membawa pelajar memakan mi udang. Budget untuk mi udang dan air sirap rm10- rm12 untuk saiz biasa, cuma bagi yang alegik makanan laut digantikan mi goreng ayam yang letak telur mata do atas. Harga ni pakej sekali bayaran kutipan rombangan , cuma kalau ahli rombongan nak tambah menu lain mcm udang goreng tepung atau lain-lain kena bayar sendiri. Kedai mi udang pilihan kami Kedai Mi Udang Mak Jah. Kami tempah seminggu awal supaya nanti sampai tidak penat menunggu. Nombor telefon +06 5-8981400


  mi udang

  udang goreng tepung

Seterusnya pelajar lelaki ke Masjid sekitar dan pelajar pergi ke surau untuk solat jumaat dan jamak qasar.

Pukul 2.00 petang kami ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang untuk taklimat berkaitan hutan paya dan ke kilang proses buat arang