PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif
dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya
lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman
dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya
memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini
sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah,
siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke
sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak
menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah
untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di
kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di
sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai
dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau
bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika
bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai.
Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di
biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau.
Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke
sarangnya.