PENGGALAK TANAMAN (PT)
Penggalak Tanaman (Plant Booster)
memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila
digandingkan dengan penggalak tanaman
ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga
berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah
gunalah...
Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan
Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air
Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.
Cara Membuat
1. Campur bahan A (yg dikisar) dgn bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.
2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi
diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau
nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh
buat macam tu.
3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup
lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan
tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas
peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).
4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jgn usik usik dia.
5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.
6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis,
istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran.
Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan
sedikit berlendir.
Cara penggunaan.
Cairkan PT, 10ml atau
20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan
pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya
selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis
boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.
Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.