Jumaat, 3 Julai 2015

APAM COKLAT

APAM COKLAT
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus - kena tambah kalau suka manis, tapi kalau makan dengan aiskrim, ok dah..
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

Cara:
Campur semua bahan dan kacau dengan hand whisk sehingga sebati. Rehatkan 1/2 jam. Kukus dalam acuan lompang yg disapukan minyak selama 15-20 minit. Makan dengan aiskrim vanila memang terbaek.