Rabu, 22 Julai 2015

PETUA MENYIMPAN MAKANAN ..DR FB

PETUA MENYIMPAN MAKANAN..PAKAT2 KONGSI NOO

Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Kali ini kami bawakan beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan.

Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.

Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.
Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.

Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.
Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.

Sebenarnya, banyak lagi petua lain untuk menyimpan makanan agar tahan lama. Jika anda juga punyai petua.

Written by Siti Manisah Ngalim