SEJARAH
MALAYSIA
1.
Huraikan secara ringkas DUA
daripada perkara-perkara berikut:
a)
Suruhanjaya Cobbold
b)
Suruhanjaya Reid
c)
Sistem Ahli
Jawapan:
a)
Suruhanjaya Cobbold
i.
Suruhanjaya Cobbold telah
ditubuhkan pada tahun 1962
ii.
Tujuan Suruhanjaya ini
dibentuk untuk meninjau pendapat dan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
mengenai cadangan penubuhan Malaysia
iii.
Suruhanjaya telah meninjau
pandangan berbagai kumpulan dan lapisan masyarakat selama tiga bulan dari bulan
Febuari 1962 hingga April 1962
iv.
Dalam rangka tinjauannya,
Suruhanjaya telah mengadakan peninjauan yang meluas dan telah menerima 2,200
memorandum
v.
Suruhanjaya telah
mengemukakan laporan kepada Kerajaan British di mana 80% daripada rakyat Sabah
dan Sarawak telah menyokong rancangan penubuhan Malaysia, sementara 20% lagi
tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.
b)
Suruhanjaya Reid
i.
Dipengerusikan oleh Lord Reid
dari U.K. Ahli-ahli lain
terdiri daripada Sir Ivor Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India)
dan Halim Abdul Hamid (Pakistan)
ii.
Suruhanjaya ini ditugaskan
meyelia, dan megesyorkan satu perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan
pemerintahan demokrasi berparlimen.
iii.
Suruhanjaya telah menerima 131
memorandum daripada berbagai pertubuhan dan orang perseorangan
iv.
Suruhanjaya telah mengadakan
sebanyak 118 persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956
v.
Rang Perlembagaan yang
dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan diluluskan
pada 27 Ogos 1957
c)
Sistem Ahli
i.
Dimulakan dalam tahun 1951 di
peringkat Persekutuan. Ianya lebih kurang sama dengan Kabinet yang wujud
sekarang
ii.
Ianya hanya merupakan suatu
cara untuk memberi latihan kepada pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu
dalam hal-ehwal pentadbiran.
iii.
Ahli-ahlinya dilantik dan
tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan
iv.
Dengan wujudnya system ini
maka perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada Ketua Setiausaha
Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagai penyelaras sahaja.
v.
Diwujudkan beberapa jabatan
dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan
Persekutuan.
2.
Campurtangan penjajah British
dalam pentadbiran di negeri-negeri
Melayu
Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa perubahan dalam system politik
dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut.
Jawapan:
POLITIK
i.
Wujudnya system residen
Sistem ini bermula
apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor
Inggeris bagi Negeri-negeri Selat denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak.
ii.
Campurtangan Inggeris
Campurtangan yang
lebih aktif dalam menentukan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengutipan
hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga.
III.
Penentangan orang Melayu
Kehilangan kuasa
,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu oleh Inggeris.
iii.
Perubahan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
Semenjak tahun
1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan negeri-negri
Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil
masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan
penyekutuan ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti
penyelarasan dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan
kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan system tanah
yang seragam di negeri-negeri tersebut.
Hasil dari
persekutuan ini ialah:
·
Kemajuan system jalanraya dan
keretapi di pantai barat Semenanjung
·
Pembangunan lading-ladang
pertanian secara besar-besaran oleh sector swasta
Mengukuhkan lagi
dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris.
EKONOMI
i.
Ekonomi penjajah yang
bercorak selektif
Iaitu hanya
memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi hasil sahaja
ii.
Wujud konsep ‘Old Malaya’ dan
‘New Malaya’
Old Malaya – dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada
pertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan.
New
Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perlombongan,pertanian
lading,perkilangan serta perdagangan.
iii.
Aktiviti ekonomi bersifat
‘export oriented’
di negeri-negeri
pantai barat
iv.
Aktiviti sara diri dan
ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur.
v.
Perkembangan perusahaan bijih
timah
Semakain berkembang
pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini
disebabkan permintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnya daripada Great Britain
sendiri.
vi.
Kegiatan pertanian komersial
Sumber pendapatan
tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu
di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor.
vii.
Perhubungan / infrastruktur
viii.
Petempatan semula (Bandar
baru,kampong dan estet)
ix.
Kemasukan imigran/ masyarakat
majmuk.
3.
Akibat daripada keganasan
yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kerajaan Inggeris telah
mengistiharkan darurat pada tahun 1948. Nyatakan lima (5) langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan Inggeris bagi membenteras kegiatan PKM di antara tahun 1948 hingga
1960.
Jawapan:
i.
Memperkenalkan “Rancangan
Briggs” iaitu menempatkan semula setinggan Cina di kawasan-kawasan terpencil ke
kampong-kampung baru yang dikawal. Tujuannya menyekat bekalan
makanan,ubat-ubatan dan kelengkapan senjata dari jatuh ke tangan komunis.
Sistem ini dikenali sebagai “Min Yuen “
ii.
Menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa kerja perang
iii.
Menjalankan operasi-operasi
ketenteraan memeriksa kawasan penempatan Cina dan rondaan ke kawasan-kawasan
hutan yang dianggap tempat perlindungan dan penyembunyian komunis
iv.
Menubuhkan sukarelawan untuk
serta menentang komunis. Contohnya pasukan ‘home guard’
v.
Melancarkan perang
saraf/psikologi , terutama untuk menarik sokongan Melayu melalui penyebaran
risalah,memberi pengampunan,memberi kemudahan kerakyatan,pemilikan tanah dan
jawatan-jawatan pentadbiran.
vi.
Komitmen British memberikan
kemerdekaan kepada PTM-melalui kerjasama dan gabungan antara parti-parti yang
mewakili kaum di Tanah Melayu
vii.
Rundingan Baling diadakan
antara pemimpin kerajaan dan komunis sebagai langkah penamatan tuntutan komunis
dan pengapunan ahli komunis yang menyerah diri.
viii.
Mengadakan kad pengenalan
diri
4.
Penjajahan British di Tanah
Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di antara kaum di Tanah Melayu.
Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan
tersebut.
Jawapan:
i.
Pemisahan tempat tinggal atau
petempatan
British
mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi antara
kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkan status
dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan India.
ii.
Perbezaan tumpuan sector
ekonomi
Orang-orang
Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi
yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini
menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu.
iii.
Pengasingan system Pendidikan
Tiada terdapat
satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat aliran system
Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan
murid dari kumpulan etnik lain.
iv.
Fahaman dan pengaruh politik
Wujudnya
berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan kumpulan
etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka
v.
Masalah ekonomi
Orang-orang Melayu
menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang Cina menguasai sector
yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui.
vi.
Penggunaan akhbar yang
berbeza-beza
Akhbar berperanan
penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat berbilang
kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara
menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat
kecintaan pada tanah air dan kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka
untuk memahami bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.
vii.
Pengasingan agama
Anutan agama yang berlainan antara kaum lebih menjarakkan mereka dari segi
pergaulan. Ini berhubungkait dengan
amalan dan peraturan setiap agama yang dianuti.
viii.
Persatuan-persatuan mengikut
kaum.
Ini menggalakkan serta menebalkan semangat perkauman.
5.
Terangkan factor-faktor
penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Jawapan:
a)
Pemberian Taraf kerakyatan
secara Jus Soli’
·
Pemberian taraf kerakyatan
secara jus soli kepada kaum bukan Melayu terutamanya Cina, merupakan factor
paling penting yang menimbulkan bantahan. Menurut perlembagaan Malayan Union,
orang bukan Melayu akan diberikan taraf kerakyatan tanpa syarat.
·
Tindakan ini akan menyebabkan
kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan kaum Melayu, sedangkan taat
setia mereka kepada Tanah Melayu belum dapat dipastikan lagi. Selain itu, orang
Melayu akan ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina dan ini sudah
tentu menjadi ancaman yang amat berbahaya kepada ketuanan politik Melayu.
·
Pemimpin-pemimpin Melayu
mempunyai kewajaran untuk berasa khuatir kerana tindakan Malayan Union itu akan
hanya menimbulkan sentiment perkauman yang membara di kalangan kaum Melayu dan
bukan Melayu.
b)
Ancaman kepada kuasa dan
kedaulatan Sultan Melayu
·
Melalui rancangan Malayan
Union, kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu terhapus sepenuhnya. Kuasa sultan
hanyalah dalam aspek agama dan adapt resam sahaja, itu pun dengan kebenaran
Gabenor Inggeris yang turut menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan adapt
istiadat Melayu. Tindakan ini amat memalukan orang Melayu
·
Dengan penghapusan kuasa
sultan, lambing keagungan politik tradisional Melayu terhapus dan dengan
sendirinya Tanah Melayu berstatus Tanah Jajahan Inggeris.
·
Orang Melayu turut membantu
tindakan Inggeris menghapuskan hak-hak keistimewaan ke atas orang Melayu.
c)
Tindakan penipuan Harold Mac
Michael
·
Tindakan Mac Michael mengugut
sultan untuk mempersetujui rancangan Malayan Union telah disepakati oleh
sarjana sejarah sebagai factor kemarahan orang Melayu termasuklah juga daripada
raja-raja Melayu secara tidak langsung
·
Menurut JM Gullick, seorang
sarjana sejarah politik, tindakan kurang bijak Harold telah menggagalkan dasar
Malayan Union akibat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu
d)
Sokongan bekas pegawai
British di Tanah Melayu
·
Bekas pegawai Inggeris yang
pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenhem, George Maxwell,R.O
Winstead dan Sir Cecil Clementi Smith telah memberikan pandangan mereka yang
disiarkan dalam akhbar Times ke seluruh England.
·
Mereka berpendapat bahawa
rancangan Malayan Union merupakan tindakan buruk kerajaan Parti Buruh terhadap
Tanah Melayu kerana tidak langsung menghormati kedaulatan dan keistimewaan
peribumi asal yang telah dijajah oleh Inggeris sejak sekian lama.
·
Sokongan ini telah menaikkan
semangat perjuangan orang Melayu untuk menentang perlaksanaan dasar Malayan
Union.
6.
Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul
Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia dalam satu perjumpaan
Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura. Beliau mencadangkan
kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat antara Tanah Melayu
,Singapura,Sabah ,Sarawak dan Brunei.
Terangkan
sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkan penubuhan Malaysia.
Jawapan:
1.
Ancaman Komunis
a) Perkembangan
pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah membinbangkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman
b) Tunku
Abdul Rahman khuatir Singapura akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya
mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu
c) Tunku
Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia
dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak.
2.
Keseimbangan Kaum
a) Percantuman
Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang
Melayu dari segi bilangan penduduk
b) Lebih
kurang 80% penduduk Singapura terdiri daripada orang bukan Melayu
c) Sabah,Sarawak
dan Brunei perlu digabungkan
dalam Malaysia
bagi memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
d) Jumlah
penduduk bumiputera di negeri-negeri Borneo
adalah kira-kira tiga kali ganda lebih dari jumlah orang Cina.
3.
Kemerdekaan segera bagi
Singapura,Sabah dan Sarawak
a) Singapura,Sabah
dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera lagi menerusi penubuhan
Malaysia.
b) Kerajaan
British tidak begitu berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura dan
wilayah-wilayah Borneo secara persendirian
memandangkan keselamatan negeri-negeri tersebut mungkin terancam.
4.
Perkembangan ekonomi
a) Singapura
mempunyai pertalian ekonomi,geografi dan sejarah yang erat dengan Semenanjung
Tanah Melayu
b) Percantuman
akan mendatangkan faedah-faedah ekonomi bagi kedua-dua Negara
c) Ekonomi
Sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan dalam Malaysia.
d) Sabah
dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan
Pusat akan membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-negeri tersebut.
5.
Sokongan kerajaan British
a) Sokongan
kerajaan British juga penting dalam mempengaruhi pembentukan Malaysia
b) Kerajaan
British menyokong penubuhan Malaysia
memandangkan ia akan menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi pelaburan British di
kawasan-kawasan berkenaan.
6.
Peristiwa tuntutan Filipina,Indonesia
dan Brunei
terhadap Sabah
7. Terangkan secara ringkas
perkembangan politik dan
perlembagaan di
Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia 1963.
Jawapan :
1.
Dari tahun 1881 hingga tahun
1946, Borneo Utara (sabah) diperintah oleh Syarikat Borneo Utara British
2.
Pada bulan Julai 1946,
syarikat tersebut menyerahkan segala haknya ke atas Sabah
kepada Kerajaan British
3.
Pada tahun 1950 Kerajaan
British memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Sabah
4.
Struktur kerajaan terdiri
daripada seorang Gabenor British, sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Perundangan Sabah
5.
Sabah dibahagikan
kepada empat Residensi yang seterusnya dibahagikan kepada daerah
6.
Pilihanraya yang pertama bagi
peringkat daerah sahaja telah diadakan pada bulan Disember 1962- Mei 1963.
7.
Ahli Majlis Daerah melantik
ahli Majlis Resedensi dan mereka pula melantik ahli ke Majlis Perundangan Sabah
8.
Pilihanraya tersebut
dimenangi oleh Parti Perikatan Sabah dengan majority yang besar.
9.
Donald Stephens (kemudiannya
dikenali sebagai Tun Fuad Stephens) dilantik sebagai Ketua Menteri yang pertama
pada bulan Ogos 1963.
10.
Sarawak pula diperintah
oleh Keluarga Brooke antara tahun 1841-1946
11.
Kerajaan British mengambil
alih pemerintahan Sarawak pada bulan Julai
1946
12.
Sarawaak mendapat sebuah
perlembagaan baru pada tahun 1956.
13.
Struktur kerajaan terdiri
daripada Gabenor British, Majlis Mesyuarat Negeri(badan perundangan) dan Majlis
Tertinggi(badan eksekutif)
14.
Dari segi pentadbiran,
Sarawak dibahagikan kepada lima
bahagian dan setiap bahagian pula dibahagikan kepada daerah.
15.
Pilihanraya pertama untuk
Majlis Daerah sahaja telah diadakan pada tahun 1959.
16.
Ahli-ahli Majlis Daerah
memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian dan mereka pula memilih wakil-wakil ke
Majlis Mesyuarat Negeri.
17.
Pilihanraya 1963 dimenangi
oleh Parti Perikatan Sarawak
18.
Datuk Stephen Kalong Ningkan
dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
19.
Politik berdasarkan kaum /
puak setempat
20.
Ada ancaman komunis
di Sabah dan Sarawak
21.
Wujudnya parti politik yang
tersusun dan berorganisasi
22.
Sebelum kedatangan syarikat
Borneo Utara Sabah di bawah jajahan Sulu
23.
Sebelum kerajaan Brooke Sarawak
di bawah Kerajaan Brunei
24.
Suruhanjaya Cobbold untuk
mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk mewakili Malaysia
8. Pada 16 September 1963, Sabah dan
Sarawak meyertai Malaysia.
Huraikan dengan jelas factor-faktor yang mendorong penyertaan kedua-dua negeri
tersebut ke dalam Malaysia.
Jawapan:
a.
Pentadbiran dan keselamatan
i.
membolehkan Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan lebih awal
ii.
memperkuat dan memperkukuhkan
pertahanan serantau Asia Tenggara menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa luar.
iii.
Melalui penyertaan dalam Malaysia
, satu Negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan. Ini akan dapat
menyekat pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau.
iv.
Bekerjasama dan mengurangkan
ancaman komunis dalam negeri.Pengalaman dan cara-cara Tanah Melayu menghadapi
ancaman komunis dapat digunakan bagi tujuan yang sama di Sabah dan Sarawak
v.
Latarbelakang pentadbiran
yang sama di bawah British memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak
dengan Tanah Melayu.
vi.
Membolehkan wakil-wakil Sabah
dan Sarawak dalam cabinet menteri
b.
Ekonomi
i.
Sabah dan Sarawak
mempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil
pertanian, kayu balak dan galian. Oleh itu, tenaga pakar yang sama dapat
digunakan untuk meningkatkan pengeluaran di kedua-dua negeri itu.Dengan itu
projek-projek pembangunan dapat dipesatkan.
ii.
Kegiatan ekonomi di Sabah dan
Sarawak dan antara Sabah,Sarawaak dan
Semenanjung akan lebih berkembang. Eksport dan import akan meningkat.
c.
Sosial
i.
pada amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang sama dengan
orang-orang di Tanah Melayu.
ii.
Mereka bertutur bahasa dan
mengamalkan kebudayaan yang hamper sama dengan penduduk di Tanah Melayu. Ini
memudahkan integrasi nasional.
iii.
Bimbang akan perluasan kuasa Indonesia
untuk membentuk Indonesia Raya
iv.
Kepentingan dan keistimewaan
bumiputera Sabah dan Sarawak akan dilindungi
oleh Perlembagaan Persekutuan.
9.
Jelaskan factor-faktor yang
menyebabkan perjuangan PKM gagal mendapatkan sokongan masyarakat dalam tempoh
1948-1960.
Jawapan :
·
ideology komunis bertentangan
dengan agama Islam
·
keanggotaan Parti Komunis
Malaya dikuasai oleh orang Cina
·
keadaan ekonomi Persekutuan
Tanah Melayu yang stabil dan memuaskan
·
matlamat dan perlembagaan
Parti Komunis Malaya tidak jelas dan meragukan
·
tindakan keras British dan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
·
tindakan ketenteraan
·
penempatan semula penduduk
pinggir hutan ke kampong baru
·
pengistiharaan darurat
·
pengasingan daripada
komintang
·
taktik Parti Komunis Malaya
gagal
·
Melancarkan perang saraf /
psikologi
·
Komitmen Inggeris memberi
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
10.
Cadangan pembentukan Malaysia
telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Nyatakan tiga (3) pihak tersebut dan
sebab-sebab penentangan mereka.
Jawapan :
Pihak yang menentang dan sebab-sebab
penentangan:
a.
Barisan
Sosialis Singapura
Barisan sosialis
serta parti-parti pembangkang yang lain menentang gagasan tersebut kerana
mahukan Singapura kekal sebagai negeri yang berasingan
Mereka bercadang
untuk menjadikannya sebagai satu pusat komunis di Asia Tenggara.
BSS menganggap ini
adalah satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh British
b.
Parti
Rakyat Brunei
AZ Azhari,
pemimpin Parti Rakyat Brunei
ingin supaya satu gagasan politik yang dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara
ditubuhkan.
Azahari ingin
menubuhkan sebuah kerajaan Kalimantan Utara yang diketuai oleh Sultan Brunei
c.
Indonesia
Walaupun pada
mulanya tidak menunjukkan sebarang bantahan namun kemudiannya menentang dengan
alas an gagasan tersebut berunsur penjajahan.
Malaysia bercadang untuk
mengambilalih Sumatera
Malaysia akan menjadi
lemah dan akan jatuh ke tangan orang Cina dan kemudian diperintah komunis
Borneo Utara dan
Sarawak telah dipaksa untuk bersatu dengan Malaysia.
d.
Filipina
Kerajaaan Filipina
di bawah Macapagal menuntut supaya Borneo Utara (Sabah)
dikembalikan kepadnya.
Menurut mereka, Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan Sulu.
Memandangkan Kerajaan Sulu adalah sebahagian daripada Filipina maka Sabah perlu dikembalikan kepada mereka.
11.
Huraikan tindakan-tindakan
yang telah diambil oleh Kerajaan selepas peristiwa 13 Mei untuk mengembalikan
semula perpaduan kaum di Malaysia.
Jawapan:
Tindakan-tindakan
yang telah diambil oleh Kerajaan ialah:
i.
Pembentukan Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN)
·
Diketuai
oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tun Abdul Razak
·
Fungsi
utamanya ialah,
·
Mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara
·
Menentukan
pentadbiran yang licin dan sempurna
·
Mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara
ii.
kerajaan
telah mewujudkan Majlis Muhibah Negara(MMN) dan Jabatan Perpaduan Negara(JPN)
untuk menyusun dan melaksanankan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk
perpaduan kaum.
·
JPN
diketuai oleh Tan Sri Ghazali Shafie
·
Peranan
JPN mendraf satu ideologi untuk negara selepas itu dinobat sebagai Rukunegara
·
MMN
membantu memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela
·
1972 JPN
dan MMN digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara
iii.
Kerajaan
juga menubuhkan Majlis Perundingan Negara(MPN). Majlis ini menimbangkan
apa-apa perkara berkenaan dengan perpaduan Negara yang difikirkan oleh Pengarah
Gerakan patut dirujukkan kepada Majlis Gerakan Negara.
·
Pengerusi MPN Tun Abdul Razak
·
Ahli majlis terdiri , menteri
MAGERAN,kerajaan-kerajaan negeri,parti-parti politik,Sabah dan
Sarawak,kumpulan-kumpulan agama,bada-badan professional,perkhidmatan
awam,kesatuan sekerja,wartawan,persatuan guru.
·
Fungsi
utama untuk meneliti isu-isu perpaduan Negara serta mencari jalan menyelesaikan
masalah-masalah masyarakat berbilang kaum.
·
Penasihat
pada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum.
iv.
Pembentukan
Rukun Negara di mana prinsip-prinsipnya mengajak rakyat Malaysia menyokong
cita-cita berikut:-
·
Mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakat
·
Memelihara cara hidup
demokratik
·
Mencipta satu masyarakat yang
adil dan kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
·
Menjamin satu cara yang lebih
liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak.
v.
Pembentukan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dengan objektifnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.
·
Strategi membasmi kemiskinan
;
·
Mengikut
kawasan luar Bandar dan Bandar
·
Mengikut
negeri
·
Penyediaan
keperluan asas dan mutu kehidupan
·
Penyusunan
semula masyarakat;
·
Peningkatan
dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum
·
Penyusunan
semula corak gunatenaga
·
Penyusunan
semula hakmilik dalam sektor syarikat
·
Pencapaian-pencapaian
lain
12.
Nyatakan
perkara-perkara penting yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia
yang telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961
Jawapan:
·
Perlembagaan Tanah Melayu
1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia
·
Pembahagian kuasa antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipersetujui.
·
Negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa istimewa termasuk dalam bidang
imigresen
·
Islam dijadikan agama rasmi
·
Bahasa Melayu dijadikan
bahasa rasmi
·
Kedudukan istimewa bumiputra
Sabah dan Sarawak dikekalkan
·
Satu Suruhanjaya dibentuk
bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah mengenai cadangan penubuhan Malaysia.
13.
Huraikan cirri-ciri
Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
dalam tahun 1946.
Jawapan:
Ciri-ciri utama
Perlembagaan Malayan Union
i.
Semua Negeri Melayu(termasuk
Pulau Pinang dan Melaka) disatukan di bawah
satu pemerintahan pusat.
ii.
Malayan Union
diperintah(diketuai) oleh seorang Gabenor British dengan bantuan ‘Majlis
Mesyuarat Kerja’ dan ‘Majlis Perundangan’.
iii.
Singapura tidak dimasukkan
dalam Malayan Union tetapi dijadikan ‘Tanah Jajahan Mahkota British’ yang
berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
iv.
Kedaulatan Raja-raja Melayu
dihapuskan dan hanya berkuasa dalam soal-soal agama Islam. Mereka Cuma menjadi
Raja Kehormat sahaja dan mengetuai ‘Majlis Penasihat Melayu’
v.
Majlis-majlis Mesyuarat
Negeri dikekalkan bagi menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan dan
majlsi-majlis ini diletakkan di bawah kawalan pemerintahan pusat.
vi.
Perlembagaan Malayan Union
memberi hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira
bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan
kerajaan dan satu undi dalam pilihanraya umum.
vii.
Kewarganegaraan diberikan
kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura serta
mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk
selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Febuari 1942
viii.
Hak kerakyatan bagi bukana
melayu menerusi prinsip jus soli.
ix.
Orang melayu akan hilang hak
dan keistimewaan mereka sebagai bumiputra.
14.
Selepas Kerajaan British
memberikan komitmen kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM) beberapa
peristiwa telah berlaku. Jelaskan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting
yang berlaku menjelang kemerdekaan tersebut.
Jawapan:
i. Sistem Ahli 1951
·
9 tokoh tempatan dilantik
menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan, antaranya ialah Dato Onn
Jaafar,Datuk Thuraisingam dan Tun H.S Lee
·
bertaraf menteri
·
Tujuannya mendedahkan
pemimpin tempatan dalam selok-belok pentadbiran Negara
·
Semua ahli bertanggungjawab
kepada pentadbiran Inggeris bukan kepada Majlis
ii.
Pilihanraya Majlis-majlis
Tempatan 1951 -52
·
Di Pulau Pinang,(1 Disember
1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6 daripada 9, Parti Buruh dan UMNO
ikut bertanding.
·
Di Kuala Lumpur(16 Febuari 1952),
Perikatan UMNO-MCA menang majority (9 daripada 12). 1 lagi; masing-masing oleh
Parti Negara dan Bebas.
·
Di Johor Bahru, Muar dan
Melaka dimenangi oleh Perikatan,UMNO dan MCA.
iii.
Pilihanraya Persekutuan
(Pertama) 1955
·
Pada 27 Julai 1955
·
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)
menang majority (51 daripada 52). 1 lagi dimenangi oleh PAS. Ikut bertanding
Parti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat.
iv.
Rombongan Merdeka 1956 ke London
·
8 wakil Persekutuan Tanah
Melayu hadir, iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu dan 4 lagi Perikatan. Diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman.
·
Rundingan pada 18 Januari
hingga 8 Febuari 1956. Keputusannya:
a. British
setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
b. Mengarahkan
ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka perlembagaan PTM
v.
Suruhanjaya Reid
·
Pengerusi Lord Reid.
Bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131 memorandum bertulis daripada
pertubuhan dan individu.
·
Tugas, merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
·
Rang perlembagaan diluluskan
oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa 27 Ogos 1957.
15.
Pada tahun 1962, atas
cadangan Tunku Abdul Rahman Kerajaan British bersetuju membebaskan Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak dengan syarat negeri-negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Malaya
untuk membentuk Malaysia. Tiap-tiap pihak di atas mendapati konsep Malaysia
menarik dengan alas an-alasan tersendiri. Huraikan dengan jelas alas an-alasan
yang telah mendorong penerimaan konsep Malaysia
oleh Persekutuan Malaya, Sinagpura, Sabah dan Sarawak.
Jawapan:
Setiap pihak
mendapati konsep Malaysia
menarik dengan alas an-alasan tersendiri. Persekutuan Malaya menerima konsep Malaysia
kerana
i.
kemasukan Singapura ke dalam
Persekutuan Malaysia
akan dapat membendung perkembangan komunis di sekitarnya
ii.
kemasukan Sabah dan Sarawak
ke Malaysia akan dapat
mengimbangkan penduduk Cina yang lebih besar di Singapura dengan penduduk yang
kurang di Borneo.
iii.
Percantuman dengan
negeri-negeri baru itu akan menghasilkan faedah-faedah ekonomi tertentu
Singapura menerima
konsep Malaysia
kerana
i.
negeri itu akan dapat
mencapai kemerdekaannya lebih awal
ii.
negeri itu akan dapat
membendung ancaman komunis yang berkembang di pulau itu.
Sabah dan Sarawak
menerima konsep Malaysia
kerana
i.
yakin akan dapat mencapai
kemerdekaan masing-masing menerusi Malaysia
ii.
negeri-negeri itu belum boleh
lagi merdeka dengan sendirinya apabila pihak British berundur pada tahun 1962.
Secara umumnya Malaysia
telah ditubuhkan dengan mengambilkira factor-faktor berikut:
i.
ancaman komunis di Singapura
dan Persekutuan Malaya
ii.
ketidakseimbangan penduduk
Cina dan Melayu antara Singapura dan Persekutuan Malaya
iii.
ketidak seimbangan antara
golongan pribumi dengan orang Melayu di Sabah dan Sarawak
iv.
ketidakseimbangan antara
penduduk pribumi di Sabah, Sarawak dan Malaya
v.
kemerdekaan dapat
dipercepatkan bagi Si ngapura, Sabah,Sarawak dan Malaya
menerusi satu persekutuan yang lebih besar.
vi.
Sokongan kerajaan British
terhadap pembentukan Malaysia
untuk melindungi dan memperkukuhkan pelaburan British di bekas tanah jajahan.
16.
Jelaskan
secara ringkas peristiwa penting yang berlaku menjelang kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu seperti berikut :
a) Sistem
ahli 1951
b) Pilihanraya
Majlis Tempatan 1951-1952
c) Pilihanraya
Persekutuan (pertama) 1955
d) Rombongan Merdeka 1956 ke London
e) Suruhanjaya Reid.
Jawapan:
a) Sistem Ahli
i) Dimulakan dalam tahun 1951 di peringkat
Persekutuan . Ianya lebih kurang sama dengan Kabinet yang wujud sekarang
ii) Ianya hanya merupakan suatu cara untuk
memberi latihan
kepada pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam hal-ehwal
pentadbiran.
iii) Ahli-ahlinya
dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan
iv) Dengan wujudnya
system ini maka perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada Ketua
Setiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagai penyelaras sahaja.
v) Diwujudkan
beberapa jabatan dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Perundangan Persekutuan.
b) Pilihanraya
Majlis-majlis Tempatan 1951 -52
·
Di Pulau Pinang,(1 Disember
1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6 daripada 9, Parti Buruh dan UMNO
ikut bertanding.
·
Di Kuala
Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCA menang majority (9 daripada 12). 1 lagi;
masing-masing oleh Parti Negara dan Bebas.
·
Di Johor
Bahru, Muar dan Melaka dimenangi oleh Perikatan,UMNO dan MCA.
c) Pilihanraya
Persekutuan (Pertama) 1955
·
Pada 27 Julai 1955
·
Parti Perikatan
(UMNO-MCA-MIC) menang majority (51 daripada 52). 1 lagi dimenangi oleh PAS.
Ikut bertanding Parti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat.
d) Rombongan
Merdeka 1956 ke London
·
8 wakil
Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu dan 4 lagi
Perikatan. Diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman.
·
Rundingan
pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956. Keputusannya:
a.
British
setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
b.
Mengarahkan
ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka perlembagaan PTM
e) Suruhanjaya Reid
i) Dipengerusikan
oleh Lord Reid dari U.K. Ahli-ahli lain terdiri daripada Sir Ivor
Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India)
dan Halim Abdul Hamid (Pakistan)
ii) Suruhanjaya ini ditugaskan meyelia, dan
megesyorkan satu perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan pemerintahan
demokrasi berparlimen.
iii) Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum
daripada berbagai pertubuhan dan orang perseorangan
iv) Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118
persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956
v) Rang
Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957
dan diluluskan pada 27 Ogos 1957
17.
Huraikan
langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mewujudkan
perpaduan kaum selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 .
Jawapan
: (Rujuk nom. 11 )
18. Terangkan factor-faktor yang
diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia
Jawapan:
Kepentingan
nasional
·
Dari
aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan
dari negara-negara luar.
·
Dari
aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana
ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport
·
Jestru
itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan
prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.
Piagam pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu
·
Malaysia merupakan
penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta
penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
·
Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi
hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan
menggalakkan perkembangan ekonomi dan social
Persekitaran Geostrategik
·
Malaysia terletak di
rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak
Perang Dunai Kedua
·
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku di Asia Tenggara
·
Malaysia juga terletak di
persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh
masing-masing di rantau Asia Tenggara.
·
Jestru
itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara
. Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan
berkecuali
Islam
·
Memandangkan Islam merupakan
agama persekutuan Malaysia
menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam
·
Malaysia menyertai
Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti
Bank Pembangunan Islam
Bekas jajahan
British
·
Malaysia sebagai bekas
jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British
·
Malaysia
meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain
seperti Australia dan New Zealand
Dasar Berkecuali
·
Sejak tahun 1970 malaysia
mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik
dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira
ideology mereka
·
Dasar
berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian
antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.
Prinsip hidup
bersama
·
Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat
sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri
·
Malaysia juga berpendapat
bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah
negara
·
Jestru
itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan
Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin Afghanistan.