Tamadun
Pengertian Tamadun
Madana ( Bahasa Arab) = Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Civilization ( Bahasa Inggeris) = berasal dari kata Yunani iaitu civitas yang bererti bandar.
Peradaban (Bahasa Melayu)
Tamadun Awal Dunia dan Sumbangannya
TamadunMesopotamia
Kod undang-undang Hammurabi
Penciptaaan :
-roda, kapal layar , arca dan tiang batu.
Perkembangan ilmu astronomi
Tamadun Mesir Purba
Pembinaan piramid
Penciptaan kertas
Teknik memumiakan mayat
Penciptaan kalendar
Tamadun Indus
Pembinaan bandar terancang.
Pembuatan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran
Tamadun Hwang Ho
Pegangan konsep Yin dan Yang
Sistem kalendar
Falsafah perang Sun Tzu diterapkan dalam urusan perniagaan.
Zaman Prasejarah
Zaman Paleotitik
-hidup secara nomad, kegiatan ekonomi adalah memburu dan mencari sumber makanan daripada tumbuhan liar, tinggal dalam gua yang berdekatan dengan sungai dan sekitar tasik serta menggunakan alat-alat yang dibuat daripada batu dan tulang.
Zaman Mesolitik ( tidak berlaku di Asia Tenggara)
Zaman Neolitik
-tidak hidup secara nomad, menetap dalam kelompok besar, bercucuk tanam, menternak binatang, perkakas daripada batu serta tembikar, alatan batu dicipta lebih halus dan licin,organisasi sosial mula wujud dalam bentuk keekluargaan, mereka juga menetap dalam kampungdengan ketua masing-masing, pengkhususan kerja atau pembahagian tugas telah wujud dan sisitem barter telah mula dilaksanakan.
Zaman Logam
terbahagi 2 zaman gangsa dan zaman besi
ciri2 adalah berjaya mencipta rumah dan perahu, manusia berupaya meneroka lautan, meningkatkan perdagangan maritim, bandar dan kota besar muncul. Antaranya Jericho di Jordan dan Catal Hujyuk di Turki.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Mesir
- Menyembah tuhan matahari iaitu Amon Re
-Mereka memuja binatang. Contohnya kucing.
Masyarakat Mesopotamia
-Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.
-Mereka tidak percaya kepada kehidupan selepas mati.
Masyarakat Indus
- Orang aryan mengamalkan agama politeisme.
-Mereka percaya kepada konsep hidup semula selepas mati.
- Mereka menganggap lembu sebagai binatang suci
Sejarah Perkembangan Tulisan
-Tulisan awal masyarakat bertamadun ialah tulisan bergambar.
-Orang Mesir mencipta tulisan.
- Orang Sumeria mencipta tulisan cuneiform.
-Orang Cina mencipta tulisan ideogram
-Sistem tulisan hari ini adalah warisan daripada bangsa Phoenicia.
Sains dan Teknologi
-Melalui proses urbanisasi , manusia mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan mereka melalui perkembangan teknologi.