Jumaat, 4 Ogos 2017

PERKARA KECIL YANG SERING DIABAIKAN DAN AKHIRNYA MENJADI KUDIS DALAM PEMBENTUKKAN REMAJA



PERKARA KECIL YANG SERING DIABAIKAN DAN AKHIRNYA MENJADI KUDIS DALAM PEMBENTUKKAN REMAJA

MASA SELEPAS SOLAT
Simpan sedikit masa dalam saling bertanya khabar sesame ahli keluarga. Sekurang-kurangnya habis sibuk sangat-sangat. Ibubapa perlu sekurang-kurangnya seminggu sekali khaskan masa berkualiti selepas solat berjemaah untuk masa berbual dari hati ke hati bersama keluarga. Bercerita apa saja , meluahkan apa saja, nyatakan harapan kepada keluarga. Ini bagi semua ahli keluarga sedar kewujudan mereka dalam keluarga dissedari dan dihargai. Kadang-kadang tak salah jika ibubapa  mendengar pendapat anak-anak.

MAKAN BERSAMA
Kadang-kadang ibubapa yang bekerjaya menyatakan alasan sibuk jadi tak sempat masak , jadi paling senang membeli makanan luar. Tidak salah sekiranya beli makanan luar atau makanan dikedai. Tapi seboleh-boleh mungkin , perlu makan bersama ahli keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari. Contohnya disiplinkan ahli keluarga untuk makan malam bersama. Istilah makan bersama perlu difahami semua ahli keluarga makan dimeja makan atau diruang makan bersama-sama. Kadangkala memag la kita sebut makan dirumah tapi siibu dimeja makan, ayah pula makan dengan hset ditangan, siabang makan depan tv, kakak makan sambil online fb dan adik dengan game. Jadi walaupun dalam satu rumah tapi dunia masing-masing. Zaman berubah tapi tak semestinya amalan lama telah luput dan tidak rasional diguna pakai.Apapun boleh digunapakai asal masa berkualiti ada bersama keluarga. Suka tidak suka peranan ibubapa tetap wujud dalam pembentukan dan kemenjadian remaja. Amalan makan berhidang bersama ahli keluarga akan membuatkan kitasaling menghargai, saling menyedari kewujudan ahli keluarga  dalam diri kita, tahu nilai berkongsi makanan, tahu ada ahli keluarga kita mungkin belum makan, tahu makanan sikit akan cukup kalau bersama-sama dan setidak-tidaknya kita tahu, sedar serta hargai sebab kita masih lagi ada keluarga.

PENGHARGAAN / REWARD
Tahu apa perkembangan seharian remaja .  Jika ada perkara baik dilaksanakan apa hari tersebut berilah penghargaaan walaupun hanya pujian. Kadang-kadang remaja bukan la mengharapkan hadiah yang berlebihan tapi mahu ibubapa atau ahli keluarga sedar akan pencapaian yang capai oleh mereka. Kalau masa kecil atau masa tadika dulu, dia pandai baca abc atau baca doa makan kita puji serta bangga jadi tidak salahlah perkara yang sama kita lakukan semasa mereka remaja.

PENGAULAN BERDASARKAN  LATAR DAN UMUR
Mendidik anak-anak untuk menghormati orang yang lebih berumur , dewasa ataupun rakan sebaya. Ajari mereka cara bertutur , merendah diri walaupun latar akademik dan latar belakang mereka lebih baik daripada orang lain. Mengajar mereka dalam komunikasi. Takkan la dengan makcik-makcik yang dikampung kau sembang seolah kau sorang ja ada ijazah, phd ataupun jawatan paling besar. Didik remaja untuk sedarsetiap orang ada kelebihan masing-masing jadi salang menghormati dan menghargai buat kau tidak jatuh miskin.

MENDENGAR JANGAN SEBELAH PIHAK
Kadang-kadang terdapat pertelingkahan dikalangan remaja, sebagai seorang dewasa kita perlu menyelesaikan secara bertolak ansur, adil dan mendengar kedua-dua belah pihak. Jangan sekali-kali wujudkan unsur pilih kasih. Ini akan merosakkan bukan saja pihak yang kalah tapi juga pihak yang menang.
KAWAN DAN KELUARGA
Perlu memberi peluang mereka bersama rakan sebaya, dalam masa lang sama keluarga juga berperanan menjadi ahli keluarga dan rakan. Contohnya ada masa abang adalah abang, ada masa abang adalah rakan.


Nukilan : chem sanglang