Selasa, 6 Mac 2018

TOKOH - TOKOH BAHASA SEBELUM MERDEKA



TOKOH-TOKOH SEBELUM MERDEKA

Tokoh-tokoh bahasa tempatan
Abdullah  Abdul Kadir Musyi (1796-1854)
Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1796. Dibesarkan di Kampung Pali, Melaka. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dan bekerja dengan pihak Inggeris sebagai pengajar bahasa, jurutulis, juru bahasa dan penterjemah. Disamping itu beliau juga boleh bertutur dalam bahasa Tamil, Hindu, Inggeris dan Cina di samping bahasa Melayu. Beliau telah menulis dua buah karya iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Karya-karya tersebut mendorong  kebanyakan saryana menganggap  Abdullah sebagai pelopor bahasa dan kesusasteraan Melayu Moden. Beliau juga telah mengubah cerita dari berlatarkan khayalan menjadi cerita-cerita yang realitI kepada apa yang dilihat oleh matanya.
Beliau juga berani menyentuh kepada sifat kemalasan orang melayu  dan kemunduran orang melayu.Menurutnya orang melayu kurang mempedulikan bahasanya sendiri dan tidak berusaha mempelajari bahasanya seperti orang Eropah. Karangannya dicetak  sedikit sahaja dan tidak ramai yang berpeluang untuk membacanya. Pengaruh bahasanya mengambil masa yang agak lama , malah digunakan oleh Angkatan Pujangga Baru di Indonesia pada awal abad ke-20. Banyak memuji orang Inggeris dan mencari  serta mengkritik orang Melayu. Penulis-penulis lain tidak berani untuk mengikut teknik yang digunakan olehnya. Antara karya-karya yang ditulis beliau :
1830 : Syair Singapura Terbakar.
1831 : Menerbitkan karya Sejarah Melayu.
1835 : Menterjemah Hikayat Kalilah Wa Dominah.
1837 : Menerbitkan satu naskah lama iaitu Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri.
1838 : Dawail-Kulub di karang selepas anaknya meninggal dunia.
1840 – 1843 : Hikayat Abdullah.
1854 : Kisah pelayaran Abdullah ke Jedah.
Abdullah juga dianggap sebagai bapa bahasa dan kesusasteraan melayu moden  kerana peranan nya menggunakan teknik bahasa secara autobiografi dan penggunaan kata pinjaman Inggeris. Malah beliau juga telah melontarkan bahasa kesusasteraan melayu lama yang amat berpengaruh dan memperkenalkan konsep baru yang bercorak realism dalam sastera melayu.
Raja Ali Haji (1809-1870)
Beliau dilahirkan pada tahun 1809 dan dibesarkan di Pulau Penyerpal iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari  Tanjung Pinang, Riau. Selain itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti  penasihat kepada sepupunya yang menjadi Yang Di-Pertuan Muda Riau. Mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu agama dan pentadbiran. Orang pertama dari Riau yang menunaikan fardu haji di Mekah. Sekembalinya ke Riau, Raja Ali Haji menjdi guru.
Antara karya-karya beliau dalam bidang bahasa ialah :
1.        Kitab Bustanul-Katibin (1857)
2.       Kitab Pengetahuan Bahasa (1857)
3.       Kitab Perkebunan Juru Tulis
4.       Kitab Pengetahuan Bahasa (1859)

Karya-karya dalam bidang  sejarah dan undang-undang
1.       Salasilah Melayu Dan Bugis
2.       Tuhfat Al-Nafis

Karya-karya dalam sastera
1.       Syair Jatuhnya Negeri Johor.
2.       Syair Gurindam Dua Belas.
3.       Syair taman permata
4.       Syair Siti Siarah
5.       Syair Hukum Nikah




Zainal Abidin bin Ahmad  (1895-1973)
Nama gelarannya adalah Zaaba. Dilahirkan pada  1895 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau berketurunan Bugis dan Minangkabau. Pada zaman tidak ada kemudahan pendidikan di kampungnya, bapanya berusa mendapatkan pendidikan di rumah sehingga berusia 12 tahun.  Pelajaran utama ialah menggaji Al- Quran iaitu asas agama diikuti dengan pendidikan hokum agama dan bahasa Melayu.  Pada tahun 1907-1909 bersekolah Melayu di Batu Kikir dan seterusnya mendapat pendidikan di sekolah Inggeris St. Paul,Seremban. Pada tahun 1916, menjadi guru bahasa Inggeris di College Inggeris Johor Bahru. Pada tahun 1918-1923, Zaaba menjadi guru bahasa melayu dan penterjemahan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.  Setelah itu beralih kepada bentuk ilmiah, terutama dalam  Jurnal Royal Asiatic Society.
Pada tahun 1924-1934, dilantik secara rasmi sebagai penterjemah bahasa melayu  di Jabatan Pelajaran Tanah Melayu di Kuala Lumpur . Diberi tugas menyediakan dan menyelenggara buku-buku bahasa  tambahan dan teks untuk  pelajar sekolah melayu. Kemudian dilantik menjadi  penterjemah di Maktab Perguruan  Sultan Idris  di  Tanjung Malim. Dalam tahun 1934-1936  , Zaaba menghasilkan  buku Pelita Bahasa Melayu yang mengandungi faedah ejaan melayu.  Pada tahun 1940 , beliau  menerbitkan  ilmu mengarang melayu berdasarkan panduan  buku-buku Inggeris dan Arab  seperti Penuturan Bahasa  Melayu . Beliau juga pernah bekerja  dengan pemerintah Jepun dan Inggeris.  Pada 1946, bekerja di Jabatan Besar Pelajaran Tanah Melayu sebagai penterjemahan  Bahasa Melayu  Kanan sehingga ke England. Melalui pejabat tersebut, beliau menghasilkan buku-buku tentang bahasa dan persuratan Melayu tentang nahu, karangan perumpamaan, bidalan, syair, surat menyurat dan lain-lain.  Beliau juga pernah di hantar belajar di London , malah beliau juga pernah dilantik  sebagai  Pensyarah Kanan Universiti Malaya di Singapura dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang bahasa Melayu dan Arab. Pada tahun , beliau  beliau dianugerahi  gelaran “Pendeta”  sebagai orang  pertama yang mengangkat bahasa Melayu  pada Kongres Persuratan Melayu ketika diadakan di Johor Bahru. Seterusnya pada tahun 1959, menerima Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Malaya di atas jasa bakti  beliau meningkatkan taraf bahasa Melayu. Seterusnya beliau memegang jawatan  Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk beberapa ketika sebelum menjadi Naib Pengarusi Lembaga Pengelola badan tersebut.  Pada 23 Oktober 1974, meninggal dunia dalam usia 78 tahun. Terus dianggap tokoh yang istimewa  dan namanya tetap terpahat sebagai perintis bahasa Melayu dalam sejarah tanahair dan seorang intelek.

Mohd  Said bin  Haji Sulaiman (1876-1955)
Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman ialah seorang  persuratan Melayu Johor dan dilahirkan di Teluk  Belanga. Dalam bidang persuratan Melayu, beliau mengasahkan bakat semasa bertugas  di Pejabat Pos Besar iaitu  dua buah karya bercorak sejarah, hikayat Queen Victoria, Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Juga menulis masalah-majalah untuk jurnal. Beliau juga member I sumbangan seperti dalam bidang pengkamusan, nahu dan penggunaan bahasa, ejaan, daftar kata, pengetahuan am, kisah-kisah lawatan ke luar negari, adat istiadat dan sejarah. Karya-karyanya yang terkenal yang diusahakan ialah Buku Kalan (1936), Panduan Ejaan (1937) dan sebagainya.  Beliau juga menulis dalam bidang bahasa, sastera, sejarah, agama dan karya-karya umum. Antaranya ialah Syair Alam dan Bangsa Melayu  (1935) dan  Penamaan Bagi Nabi Muhammad S.A.W. (1950)

Tokoh-tokoh Bahasa Barat
1.       R.J .Wilkinson
Nama asalnya adalah Richard James Wilkinson. Dilahirkan pada 1867,Beliau  menerima pendidikan di  Trinity Collage, Cambridge malah beliau juga lulus ‘Indiana Civil Service ‘ . Disamping itu, beliau berkebolehan  dalam  Melayu dan Hokkien. Pada tahun 1880,  dilantik sebagai Kadet Negeri-negeri  Selat  di Tanah Melayu. Di Tanah Melayu  beliau dilantik  menjadi  pegawai  Daerah Binding. Kemudian menjadi Nazir Sekolah-sekolah  bagi Negeri-negeri  Selat dan mencadangkan  penubuhan Maktab Melayu Melaka yang bertujuan melahirkan guru-guru Melayu terlatih dan untuk memperbaiki kualiti guru-guru yang terlatih.
Sumbangan / karya:
1.       1887 – Ilmu Kejadian
2.       1891 – Kejadian Selerak Anggota
3.       1892 – Ilmu Peladang
4.       1910 – Pemimpin PPengetahuan
5.       1901-A Malay – English Dictionary
Pada 1904, tulisan rumi difikirkan berfaedah jadi  kerajaan Negeri-negeri Melayu melantik satu jawatankuasa memperbaiki kaedah  dan peraturan ejaaan. Wilkinson berusaha memperbaiki  kaedah ejaan yang baru dengan kerjasama Winsted. Walaupun ejaan belum sempurna tetapi dapat diambil sebagai panduan am untuk  Daftar Ejaan Melayu ( Jawi dan Rumi ) karangan Zaaba. Peranaan Wilkinson terhadap perkembangan bahasa Melayu  tidak boleh dinafikan. Beliau melibatkan diri dalam penerbitan buku-buku cerita lama dan sejarah untuk kegunaan penuntut-penuntut sekolah selain bertanggungjawab menghasilkan kamus yang dianggap paling lengkap.
John  Crawford
Dilahirkan di Pulau Pinang  pada 13 Ogos 1783. Menerima pendidikan awal di Village School  of Bewmare sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang  perubatan  di Edenbung pada  1799 dan  tamat pada 1803. Berkhidmatan sebagai seorang doctor kepada tentera- tentera  British di India dan Pulau Pinang . Berkhidmat di India, Thailand, Singapura, Pagu, Burma dan Negara lain di Asia dan pulang  ke England untuk bergiat dalam penulisan . Meninggal dunia pada 1868 di South Kansington.
Sumbangan/Karya
1.       1820 – History of the Indian Archipoago
2.       1848- buku berjudul On The Malayan and Polynesia Language and Rases.
3.       1852- buku A Grammer and Distionary of the Malay Language.
Beliau juga telah membuat perbandingan  bahasa Austronesia dan kata-kata yang ditemuinya diteliti dan dimuatkan dalam pelbagai kamus. Kajiannya mendapati bahasa Jawa adalah bahasa yang tertua dan bahasa  induk kepada segala bahasa di Nusantara. Kehadiran John Crowford  amat penting dalam perkembangan dan penyelidikan bahasa Melayu Jawa dan Austronesia lain. Mendapat tentangan daripada ahli-ahli bahasa lain, namun Berjaya menghasilkan majalah bahasa Auntronesia dan ilmunya diperluas melalui buku-buku dan makalah.

R.D. Winstedt
Nama asalnya ialah Richard Olof Winstedt. Dilahirkan pada 2 Ogos 1876 di Oxford. Meninggal dunia pada 2 Jun 1966 di London. Datang ke Tanah Melayu pada 1902 sebagai Inspertor sekolah-sekolah  di Perak.  Pada 1916, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri  Melayu Bersekutu. Pada 1935, bersara dan pulang ke London . Dua tahun kemudian di lantik menjadi ‘reader’ bahasa Melayu di Universiti London . Pada 1945, menjadi  ‘Fellow of British Academy’ dan memegang jawatan ‘Pengarah The Malayan Branch’ dan The Royal Asiatio Society sebanyak empat kali. R.D.Winstedt merupakan pegawai kolonial British yang banyak member sumbangan dalam bidang bahasa, kesusasteraan, sejarah dan kebudayaan Melayu di Tanah Melayu.
Sumbangan/ karya
1.       1920 – Malay Works Know to Waradly in 1735
2.       1939- A History of Malay Literature
3.       1940- Malay Literature
4.       1951- The Malay Musicion
5.       Hikayat Bayan Budiman
6.       1952-A Protical Modern-English Dictionary
7.       1958- Unabridget English-Malay Dictionary
8.       1972- A History of Classical Liture

Beliau juga member sumbangan dalam bidang pendidikan bahasa Melayu  dengan  membuat kajian tentang pendidikan vernacular dan menyediakan satu usul berkaitan  pendidikan bahasa Melayu pada masa hadapan. Dimana ketika itu beliau menjadi Penolong Pengarah Pelajaran. Beliau juga mengemukakan  laporan kepada Majlis Undangan Negeri-negeri selat pada 1917 berjudul ‘Laporan R.D. Winstedt, Penolong Pengarah negeri-negeri  Vernakular dan perusahaan Hindia Belanda Timur dan Filiphina. Usul laporan itu mengemukakan cadangan tentang pelayaran, sekolah-sekolah pertanian, peperangan, pentadbiran dan pemasaran maktab-maktab perguruan.Hasilnya Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ditubuhkan pada 1922. Maka beliau juga merupakan seorang pegawai Inggeris yang member sumbangan kepada bidang bahasa, kebudayaan dan sejarah melayu di Negara ini.