Rabu, 11 Mac 2015

Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers


Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers
sumber : http://resipimasakankini.blogspot.com/

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (sy tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - sy gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sedikit mentega

Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (sy perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam.

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - sy guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara menyediakan:
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Khamis, 5 Mac 2015

Bagi menyambung pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama

Bagi menyambung pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama!

Tingkatan 6

1. STPM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.

2. STAM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.

MATRIKULASI
Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen, Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi.

ASASI
Program asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke ijazah, iaitu program matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat program asasi, kebiasaannya akan ditempatkan di universiti tersebut selepas tamat program.

PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan selama 4 tahun dengan 1 tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan ditempatkan di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia mengikut pilihan kursus.

Program Persediaan Luar Negara
Bagi program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh daripada pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Diploma Perubatan ( SPA)
Bagi program ini, adik-adik boleh isi borang spa online . www.spa.gov.my . Terdapat pelbagai bidang perubatan yang boleh dipelajari. Setelah tamat belajar, adik-adik selalunya akan ditempatkan dimana2 hospital atau klinik kesihatan bawah kerajaan.

Diploma (IPTA)
Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.

Diploma (POLITEKNIK)
POLITEKNIK juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian.

Diploma (IPTS)
Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!

Diploma Kemahiran Malaysia
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan bidang-bidang kemahiran. Pelajar-pelajar seperti ini boleh memasuki Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi institusi lain. Ianya tidak terhad kepada kemahiran perindustrian sahaja, malah kemahiran seperti bertukang, pertanian juga turut ditawarkan.

Kerja (5 Tahun Pengalaman)
Bagi yang ingin bekerja dahulu, pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh diguna
kan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

instrumen penilaian program jpn ..untuk rujukan program sekolah



PK06 - 3
INSTRUMEN PENILAIAN *PROGRAM

Nama Program
:

Tempat
:

Tarikh
:

ARAHAN  :  Sila tandakan ( / ) pada ruang skala yang disediakan berdasarkan skala berikut:

Tidak Berkenaan
TB
Sangat Tidak Setuju
1
Tidak Setuju
2
Kurang Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju
5


DISKRIPSI
BIL
ITEM
SKALA
TB
1
2
3
4
5
Urus Setia
Dan
Pengurusan
1
Pendaftaran peserta disediakan






2
Maklumat yang disediakan mudah






3
Pengurusan teratur






4
Urus setia sentiasa membantu saya






Lokasi
5
Tempat Sesuai






6
Dewan sesuai






7
Peralatan dan alat tulis disediakan






8
Dewan makan bersih dan selesa






9
Kualiti makanan baik






10
Makanan yang disediakan mencukupi






Personal
11
Program ini mampu meningkatkan prestasi kerja saya






12
Program ini mampu memberi  keyakinan kepada saya dalam  memberi perkhidmatan






13
Tempoh masa program  mencukupi






14
Saya bersedia untuk memberi kursus dalaman






Bahan
15
Berguna






16
Membantu






17
Mudah difahami






18
Jelas







CADANGAN/ ULASAN
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

*PROGRAM meliputi Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan, Taklimat dan Ceramah

PK06 - 3
INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM

Nama Program
:

Tempat
:

Tarikh
:

ARAHAN  :  Sila tandakan ( / ) pada ruang skala yang disediakan berdasarkan skala berikut:

Tidak Berkenaan
TB
Sangat Tidak Setuju
1
Tidak Setuju
2
Kurang Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju
5


DISKRIPSI
BIL
ITEM
SKALA
TB
1
2
3
4
5
Pendaftaran
1
Meja pendaftaran peserta disediakan






2
Borang- borang  pendaftaran disediakan






3
Peserta hadir mengikut masa yang ditetapkan






4
Ada urusetia yang membantu peserta pertandingan






Tempat dan Peralatan Pertandingan
5
Semua peserta berpendapat tempat yang dipilih sesuai






6
Sistem pengudaraan sesuai dan selesa






7
Kemudahan asas ( lampu, kipas, power point ) disediakan






8
Tempat pameran sesuai dan selesa






9
Kemudahan di tapak pameran ( meja , kerusi ) disediakan






Hadiah dan Sijil
10
Sijil disediakan dan diberikan kepada peserta pada hari pertama pertandingan






11
Hadiah yang disediakan sesuai dan berkualiti






13
Tiada kesalahan cetakan nama pada hadiah dan sijil






14
Waktu pemberian sijil dan hadiah sesuai







Penghakiman
15
Masa penghakiman yang sesuai






16
Hakim mengemukakan persoalan dengan kaedah yang sesuai dan profesional






17
Masa menunggu keputusan hakim tidak terlalu lama






18
Peserta diberikan masa yang mencukupi untuk menerangkan inovasi







Urusetia
19
Bersedia membantu peserta






20
Berketrampilan






21
Ceria dan profesional












Jadual Program
22
Disediakan






23
Mengikut masa yang ditetapkan






24
Sesuai dan tidak membosankan (lama)









CADANGAN/ ULASAN
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________