Sabtu, 16 Ogos 2014

KUIH KOCI PULUT HITAM



KUIH KOCI PULUT HITAM 1
Untuk Inti

1/2 biji kelapa inti (diparut)
2 -3 keping gula melaka
Gula pasir
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum


Cara-cara:

  • Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
  • Masukkan simpulan daun pandan.
  • Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Untuk kuih:

4 sudu besar tepung pulut hitam
1 1/2  cawan tepung pulut
Air
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata dan tidak melekat pada tangan. 
*Sebenarnya jumlah pulut hitam yang perlu dimasukkan bergantung kepada kesukaan masing-masing, cuma perlu pastikan tidak dicampur terlalu banyak kerana tekstur kuih akan menjadi keras walaupun warnanya hitam dan cantik.Tambahan pula bila sudah sejuk, jadi cukup sekadar menambahkan warna pada kuih sahaja.



KUIH KOCI 2
Bahan-bahan ( 20 biji ):
BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara:
UNTUK INTI:-
Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.






UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:-
Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Yang ini berbentuk bantal.
Dan yang ini berbentuk piramid
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.