Isnin, 11 Ogos 2014

surat memohon teks ucapan hari kecemerlangan sekolah ( buku program)

Rujukan Kami : Tarikh : Penerima dan Alamat -------------------------------------------- -------------------------------------------- -------------------------------------------- Assalamualaikum w.b.t Tuan, MEMOHON TEKS KATA-KATA ALUAN UNTUK BUKU PROGRAM HARI KECEMERLANGAN 2014 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa SMA _______________akan mengadakan Hari Kecemerlangan pada_______________. Kami ingin kata-kata aluan daripada pihak tuan untuk dimasukkan dalam buku program sekolah. 3. Program ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar di atas kecemerlangan dalam peperiksaan. 4. Bersama ini kami lampirkan teks kata-kata aluan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk ditandatangani oleh pihak tuan. Kami juga berbesar hati jika pihak tuan ingin mengirimkan teks ucapan yang lain. Pihak kami amat berharap teks kata-kata aluan dapat dikirimkan semula ___________ untuk tujuan proses pencetakan buku program. 5. Atas kerjasama daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kita di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Harap Maklum “BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA” Saya Yang Menjalankan Tugas, …………………… ( ) PENGETUA