LAPORAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4
TARIKH : 3-5 JANUARI 2017
MASA : SELASA- KHAMIS
TEMPAT : SURAU AL IRFAN , SMA AL MADRASAH
AL ALWIYAH AD DINIAH
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAM KAUNSELING
UNIT KECEMERLANGAN TINGKATAN 4
LAPORAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN EMPAT
1. Nama Program : Minggu Orientasi Tingkatan Empat SMA Al
Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.
2. Rasional.
Pelajar-pelajar tingkatan empat yang baru naik ke sekolah menengah atas
perlu didedahkan
dengan maklumat-maklumat yang asas sejak awal lagi. Pendedahan ini perlu
supaya pelajar-
pelajar tingkatan empat ini dapat menyediakan diri dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malasia
dengan baik. Penerapan dan penghayatan budaya sekolah juga perlu untuk
menghindarkan perlanggaran disiplin dan peraturan sekolah. Program orientasi
ini akan memudahkan pelajar mengasimilasikan dan menyesuaikan diri mereka
dengan wawasan sekolah. Oleh yang demikian program orientasi ini perlu
dijalankan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan
baik dan berkesan .
3. Matlamat
Mewujudkan budaya sekolah yang sihat dan harmoni dalam kalangan pelajar
yang mampu
melahirkan pelajar Tingkatan Empat yang berketrampilan dan bersahsiah.
4. Objektif.
4.1 Membolehkan pelajar-pelajar baru memahami
dengan jelas dan menghayati budaya, misi
dan visi SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad
Diniah.
4.2. Membolehkan para pelajar tingkatan empat
mengetahui tentang corak dan bentuk
pengajaran dan pembelajaran peringkat
menengah atas.
4.3. Membolehkan para pelajar tingkatan empat
mengetahui format format peperiksaan SPM
dan konsep pensijilan terbuka.
4.4. Membantu para pelajar memilih mata
pelajaran elektif mengikut kebolehan, minat dan
bakat.
4.5. Membantu para pelajar memperolehi
pengetahuan mengenai peluang melanjutkan
pelajaran dan kerjaya selepas SPM.
4.6. Mewujudkan semangat kekitaan dan
perpaduan yang jitu dalam kalangan pelajar SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad
Diniah .
5. Tema
“ Pelajar Cemerlang Al Maad Gemilang ”
6. Jangkamasa Orientasi
Program ini dijalankan selama 3 hari mulai
hari Isnin 3 Januari 2017 hingga hari
Khamis 5
Januari 2017.
7. Tempat :
Surau Al Irfan , SMA Al Madrasah Al Alawiyah
Ad Diniah.
8. Kumpulan Sasaran.
Semua pelajar Tingkatan Empat tahun 2017
9. Kaedah Perlaksanaan
9.1. Taklimat
9.2. Motivasi.
9.3. Ceramah
9.4. Inventori personaliti/Ujian Minat
9.5. Bimbingan Kaunseling Individu &
Kelompok
10. Jawatankuasa Induk Minggu Orientasi
Pelajar Tingkatan Empat.
Penasihat : Us Hj Abdullah bin Shafie
Pengerusi . : Us Zulkifli bin Deraoh
Naib Pengerusi : Pn Suri binti Yahya
Penyelaras Program : En Mohd Najid bin Omar
Setiausaha : Cik Campaka binti Yaakob
AJK :
GKMP
Penyelaras Tingkatan Empat
Guru Kelas
Guru Akademik Tingkatan Empat
Setiausaha Kurikulum
11. JADUAL PROGRAM ORIENTASI.
TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN
3/01/17
Selasa
7.20 -
Perhimpunan Rasmi
8.00 -
Majlis Perasmian oleh Tn Pengetua
09.00 – Penerangan Pekaj oleh Kaunselor
11.00- Penerangan Pakej oleh GKMP-GKMP
01.30
Majlis Bersurai
3/01/2017 ( Rabu)
7.20 Perhimpunan
8.00 Huraian Psikometrik oleh Kaunselor
9.30 Kerjaya oleh Kaunselor
11.00 REHAT
11.30 Menjawab soalan-soalan pelajar
12.00 Taklimat Panitia ICT
1.00 Menjawab soalan-soalan Pelajar
4/01/2017 ( Khamis)
7.20 Perhimpunan
8.00 Slot Motivasi dan Kaedah Belajar
9.30 Kerjaya oleh Kaunselor
11.00 REHAT
11.30 Menjawab soalan-soalan pelajar
12.00 Taklimat Panitia Biologi
1.00
Menjawab soalan-soalan Pelajar
1.30 Majlis Penutup
12.Kesimpulan
Majlis berjalan mengikut perancangan.
Kefahaman pelajar berkaitan pakej dan hala tuju selepas SPM memberi peluang
untuk pelajar menentukan matlamat yang bersesuaian dengan mereka. Pelajar
diberi peluang untuk memikir pakej yang ditawarkan oleh pihak sekolah kepada
mereka. Mereka diberi peluang seminggu untuk merasai suasana kelas dan
dibenarkan memohon menukar kelas ke pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh pihak
sekolah mengikut syarat-syarat tertentu.
Disediakan
CAMPAKA BINTI YAAKOB
Unit Bimbingan dan Kaunseling