Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia YDP PIBG SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
Yang Dihormati Tuan Pengetua SMA Al Maad,Barisan Penolong-Penolong Kanan
AJK PIBG, Guru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia
dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena
Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 bagi SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad
Diniah . Saya bagi merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput oleh pihak
sekolah untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tidak lupa kepada
ibu-bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa
yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang cemerlang. Tahniah dan
syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin hulurkan sejambak penghargaan kepada
YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah
dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Terima
kasih tidak terhingga daripada saya.
Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan
pada setiap tahun untuk memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali
Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu harus diingatkan bahawa perkara
berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu
dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun
2001 yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM. Perkara-perkara
yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas
dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama
dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat
Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah
dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi
kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama
inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira
batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang telah saya terangkan tadi. Selain
daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan
usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan
berbincang dan biarlah hasil
perbincangan mendapat persetujuan bersama.Diharapkan perkara yang
diperbincangkan dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkankan
masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Semoga kerjasama ini dapat
memperkasakan lagi misi dan visi sekolah yang bertujuan melahirkan insan muslim
cemerlang.
Taun-tuan dan Puan-puan
Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif,
usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM dan JPN. Ini termasuklah
pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,, PBS, MBM MBI dan di
samping itu pelbagai bantuan khas juga diberikan kepada murid-murid melalui
sekolah dan asrama.Transformasi penilaian murid di masa kini telah ditukarkan.
Pentaksiran sekolah telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(yang dipanggil P.B.S) dan sekarang ia telah dilaksanakan pada tingkatan1
hingga tahun 3. Malahan Psikometrik bermula tahun lepas dilaksana sehingga
Tingkatan 5 .
Tuan-tuan dan puan-puan,
Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di
rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita
terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab
menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa.
Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu
guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap
proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam
kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat
ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh oleh pihak sekolah dan
PIBG. Saya berharap kerjasama berterusan ini akan memberkemaskan lagi Sarana
Ibubapa dan PIBK SMA ALMAAD. Saya menyerahkan tanggungjawab ini kepada JK PIBG
yang akan dilantik.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak sekolah
meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu
bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Program Motivasi, Program
Sahsiah, Program Kecemerlangan, Sukan, Hari Anugerah Sekolah dan sebagainya.
Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini
akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada
tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah
kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah
ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan
didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang
lebih besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan
jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak
berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan
cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu,
peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan program,
aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah. Saya juga
mencadangkan program-program yang adakan disekolah ini boleh kita selitkan ibubapa
sebagai ajk program. Ini akan memperkemaskan PIBG sendiri , sarana sekolah dan
pibk.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK
PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.
Semoga SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
dapat berdiri sertanding sekolah-sekolah cemerlang lain. Dengan ini saya
merasmikan Mesyuarat PIBG Kali ke 8 SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh