Khamis, 23 Mac 2017

mak / my mother

mak
perkataan yang tidak dapat di beli
orangnya penuh kasih sayang
tak pernah mengeluh
sentiasa positif dan yakin diri

mak
seorang pencinta yang sesuai
amat menyintai arwah ayah
sentiasa memuji arwah ayah
amat bersyukur menjadi isteri ayah
ayah, lelaki yang penyayang
ayah yang bertanggungjawab
mak amat bersyukur
memiliki ayah sebagai kekasih
 cinta mereka bukan atas apa yang dilafazkan
cinta mereka atas tingkahlaku

mak
seorang yang tabah
perginya ayah kepada pencipta
tidak diratap dihadan anak-anak
mengetuai anak-anak  buah hati suami
supaya menjadi insan berguna

mak
sentiasa yakin pada Allah
mak tidak pernah mempertikaikan takdir
mak sangat tabah mengharungi cabaran
mak sentiasa mendorang kami anak-anaknya

mak
tidak pernah meminta-minta
sentiasa bersyukur apa yang ada
mak sentiasa tersenyum
tiada siapa tahu rahsia hatinya
mak sentiasa teguh menghadapi kesedihan
mak sentiasa mengukirkan senyuman kasihnya

mak
buah hati kami
dirimu contoh terbaik kami
dirimu idola kami
lambang keteguhan wanita melayu
lambang teguhnya hati wanita

mak
terima kasih menjaga kami
terima kasih mendidik kami
terima kasih atas kasihmu
terima kasih menjadi pendengar setia
terima kasih atas segala-galanya  .....



Jumaat, 17 Mac 2017

my blog ... i catat ni sebab tengah boring

Boring la sebab tak tau nak rancang apa-apa cuti ni Nak membaca novel banyak sangat lagi kerja bawa balik dirumah. Nak bercucuk tanam musim kemarau la pulak. Kering tanah. Tengok tv macam tak berminat cerita-cerita ni. Nak pergi bercuti pulak , kesian nak tinggal mak kat rumah. Nak bawa pulak dia tak naksebab sayang tinggal rumah, ayam , kucing dan macam-macam la. Lagipun la cuti ni gaji dapat hujung cuti.. he.he.he.. no money. Apa ya nak buat , nak memancing pun sungai dan sawah kering, air pun selut ja..nak pi laut pulak musim panas ni macam cari pasal ja. Nak melukis pun lama dah tak melukis ..nanti lukis lain jadi lain...hmmmmm... my blog apa perlu buat ya. Nak berbisness pula macam tak semangat dah. Nak keluar dengan kawan-kawan pun musim panas ni kalau tak kena gaya mau pakat berangin monsun ja.. he.he.he.. my blog..my blog ..my blog ....apa ya yang perlu dibuat cuti ni..

Siapa sebenarnya hebat, siapa sebenarnya angkuh

Hidup ini
Pelbagai resam manusia kita jumpa
Kadangkala hebatkah kita sehingga sesinis mungkin senyuman diberi
Kadangkala angkuhkah kita kerana banyak ilmu didada
Kadangkala hebatnya kita belajar setinggi-tingginya
Kadangkala angkuhkah kita bila rasa diri sendiri hebat
Kadangkala hebatkah kita bila perasan hebat berbanding orang lain
Kadangkala angkuh kita kerana sijil kita lebih tinggi darjatnya

Hidup ini
Satu percaturan
Jika kita hebat, ada lagi lebih hebat
Jika kita berpangkat tinggi, ada lagi yang tinggi pangkatnya
Jika kita kaya , ada lagi melaut kayanya
Jika kita elok parasnya , ada lagi bak bidadari

Hidup ini
Tiada yang sempurna
Ada lebih ada kurang
Maka tiada  hebatnya kerana kita hanyalah insan
Manusia tarafnya sama


Khamis, 16 Mac 2017

MAKLUMAT UNTUK PELAJAR SPM 2017






PELAJAR JUGA BOLEH ISI BORANG SPA 8 .... WWW.SPA8.GOV.MY .... AMBIK BAHAGIAN SEPARA PERUBATAN

BUAT PANDUAN PELAJAR SIJIL SPM .... SPM ....SPM

Bagi yang cemerlang tahniah , bagi yang kurang cemerlang jangan berputus asa . Segalanya bukan penghujung tapi permulaan yang lebih baik. Peluang-peluang yang ada dalam dan luar negara banyak, cuma kita kena cari peluang -peluang itu.

IPTA
Boleh isi melalui UPU online. Beli nombor pi di BSN. Keutamaan untuk isi kursus-kursus tersebut adalah berdasarkan minat dan keputusan peperiksaan. Kalau minat saja result tidak bersesuaian tak boleh juga.

IPTS
Banyak iklan yang dipaparkan oleh media masa atau media cetak. Rujuk dan rajin-rajin telefon untuk bertanya. Tak semestinya IPTS tu semua terlampau mahal, kadangkala bergantung pada negeri dan dana yang ada. Pastikan kursus yang dipilih diiktiraf dan ada MQA.

STAM
Sudah tentu aliran agama. Tujuan untuk kearah mendapatkan ijazah .Tempoh pembelajaran STAM adalah 1-2 tahun bergantung pakej sekolah. STAM setaraf diploma.

STPM
Tujuan untuk ke arah mendapat ijazah. Tempohpembelajaran 2 tahun. Setaraf diploma. STPM selalunya tidak dipohon sebab JPN akan atur pelajar-pelajar yang sekolah sekitar.

Asasi
Kursus yang ditawarkan oleh Universiti itu sendiri , tujuannya untuk sambung ijazah di Universiti itu juga. Permohonan menggunakan SPM. Masa pengajian 1- 1 1/2 tahun. Sijil Asasi tidak boleh pohon pekerjaan.

Matrikulasi
Tujuan ke arah ijazah juga. Boleh membuat ijazah di semua ipta. 1- 1 1/2 tahun. Sijil matrikulasi tidak boleh pohon pekerjaan.

Diploma
Tujuan juga ke arah memiliki ijazah juga . Pembelajaran 2-3 tahun. Boleh tranfer kredit jika nanti diploma dan ijazah kursus yang sama. Sijil boleh guna untuk pohon pekerjaan.


Separa Perubatan
Pelajar boleh isi borang spa8 ... tak kira la pelajar sains tulen atau sains sosial www.spa8.gov.my ... ambil bahagian separa perubatan.