Sabtu, 8 November 2014

Alhamdulillah..akhirnya saya konvokesyen

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya tamatkan pelajaran dalam Master Sains Kaunseling . Konvokesyen pada hari ini memberi pengiktirafan untuk saya sendiri secara peribadi. Saya bersyukur kerana selama ini banyak orang pertikai saya kerja bidangkaunseling walaupun degree dalam Pengurusan Sumber Manusia. Sedih memang sedih bila kadang-kadang hasil kerja tidak dihargai kerana bukan degree kaunseling. Tapi saya faham sesuatu, Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa sebab. Ujian diberikan kepada yang mampu, jadi  setiap yang berlaku mesti ada hikmah. Kita kena sabar dan redhai seterusnya baiki untuk menjadi lebih baik. Tipu la saya kalau tidak sedih dengan macam-macam dugaan tapi alhamdulillah Allah memberi keluarga dan rakan-rakan dalam membantu segala urusan saya. Pertolongan datang kita setiap ujian terjadi, kadangkala terfikir macammana dipermudahkanuntuk menghadapi ujian. Tapi akhirnya saya yakin kita kena cuma perlu redha dan yakin dengan qada serta qadar yang ditetapkan Pencipta kita. Sebenarnya ujian diberikan untuk kita sentiasa sesar siapa diri kita dan tidak takbur dengan rezeki yang diberikan Allah. Kita perlu berusaha membaiki kelemahan dan sentiasa berdoa kerana doa itu tanda kita sedar siapa diri kita. Kita selalu menganggap hanya golongan beragama saja yang mempunyai peluang berada disisiNYA dan mendapat kasih-sayangNYA, sedangkan kita lupa semua orang berhak mendapat kasih-sayangNYA dan semua orang ada ujian masing-masing. Manusia dijadikan dalam pelbagai bidang kerana setiap manusia ada peranan masing-masing dibumi ini. Alhamdulillah, semoga saya menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dan tabah dalam ujian. Ya Allah, jangan jauhkan kasih-sayang Engkau kepada kami hamba-hambamu, berkati kami untuk menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aamiin..