Khamis, 13 November 2014

Resepi jejari bilis...... sumber fb

RESEPI JEJARI BILIS
================
BAHAN2NYA
250gm tepung gandum
segenggam ikan bilis (dikisar halus)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
sedikit air
1 biji telur
2 sudu majerin
Garam
Serbuk perasa
Daun kari (jika ada

CARA PENYEDIAAN
1.Satukan tepung gandum, telur, bilis yang telah dikisar, jintan manis, jintan putih, marjerin, serbuk cili dan garam / serbuk perasa secukup rasa.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan biar melekit). Adun hingga menjadi doh. Kemudian, canai hingga menjadi nipis.
3.Potong menjadi jejari halus. Ulang proses hingga doh habis.
4.Panaskan minyak dan goreng jejari hingga rangup bersama daun kari. Angkat dan toskan.
5.Sedia dinikmati.
(Boleh juga belitkan jejari pada ikan bilis dan goreng bersama ikan bilis)