Jumaat, 14 November 2014

Resepi kek kukus asam manis.....sumber fb

RESEPI KEK KUKUS ASAM MANIS

Bahan-bahan:
5 biji telur A
225 gram gula castur
1 sudu kecil Ovellete
1 sudu kecil esen Vanila
220 gram tepung gandum/tepung naik sendiri boleh gak
1 sudu kecil baking powder(kalau guna tepung naik sendiri tak perlu bubuh baking powder)
150 ml susu cair
100ml minyak masak/jagung
pewarna dan asam manis

Cara-Cara Menyediakan:
1.Pukul telur , gula dan ovellete sehingga kembang.
2.Kemudian masukkan baking powder dan esen vanila dan pukul.
3.Masukkan tepung gandum atau tepung naik sendiri berselang seli ngan susu cair.
4.Matikan mesin dan masukkan minyak. Kaup balikkan.
5.Bahagikan adunan dan masukkan pewarna (masukkan dalam cawan polistren dan dapat 6 cawan :- 3 cawan diwarnakan hijau dan 3 warna asal)
6.Masukkan satu cawan ke dalam loyang yang dah disapu dengan majerin.
7.Masukkan asam manis ikut suka anda.
8.Kukus selama 10 minit( air kukusan mesti dijerang dulu ya ) siap masukkan satu cawan warna yg lain pulak dan masukkan asam manis dan buatlah sampai habis.
9.Kukus yang akhir nanti selama 25 minit angkat kalau tak mahu masuk air masa mengukus balut penutup dengan kain bersih.