Isnin, 3 November 2014

RESEPI KEK KUKUS COKLAT LEMBAB

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.

1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.


🎂Topping Coklat 1🎂
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 2🎂
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..