Bahan-bahan:
1 peket tepung florentine (Bienetta)
250 gram hirisan kacang almond
250 gram biji kuaci
250 gram kacang melon hijau /kuning
100 gram biji bijan.
1. Sediakan loyang nipis anggaran saiz 14inci x 14 inci. Lapikkan bersama kertas ‘parchment’ dan taburkan kekacang yang ada.
2. Kemudian, taburkan pula bijan di atas kekacang.
3. Lalu, taburkan tepung Florentine di atasnya.
4. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga bertukar warna keemasan.
5. Sebaik sahaja masak, potong ketika panas.