Sabtu, 30 Julai 2016

CONTOH KERTAS KERJA KEMAHIRAN HIDUP : EQUINOX HIDROPHONIC HOUSE



SMK( ALAMAT SEKOLAH)

KERTAS KERJA


EQUINOX    HIDROPHONIC    HOUSE                                
( TANAMAN SAYUR MELALUI KAEDAH HIDROPONIK)
                                           




 ANJURAN :-
                            PANITIA GEOGRAFI
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
     UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH _________________






KERTAS KERJA PROGRAM EQUINOX HIDROPHONIC HOUSE SMK

  1. PENDAHULUAN
Perlaksanaan sesuatu program adalah pemangkin dalam perlaksaan aktiviti kecil dan sumbangan guru dan pelajar kepada sekolah.Melalui aktiviti program kerjasama mewujudkan semangat kerjasama antara guru dan pelajar dan pelajar bersama pelajar. Bagi tujuan ukhwah kini, pihak telah mencadangkan  program yang bersesuaian dengan suasana persekitaran  iatu program pertanian berkaitan pendidikan dan mewujudkan ukhwah dikalangan guru dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti bersama. Perlaksaan ini memerlukan komitmen serta sokongan daripada semua pihak, iaitu pelajar mahupun guru.
Menyedari hakikat inilah Panitia Geografi, Panitia Kemahiran Hidup, dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK _____________ mengemukakan kertas kerja ini untuk dipertimbangkan oleh Pihak Pentadbiran Sekolah. Semoga usaha ini dapat mengaktifkan pergerakan aktiviti panitia dan mendapat keredhaan daripada Illahi S.W.T.


  1. OBJEKTIF
  • Mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar.
  • Membina ukhwah dikalangan guru dan pelajar.
  • Semangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.



  1. MATLAMAT
·         Mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar yang saling membantu untuk menjayakan
projek ini.
·         Mengeratkan lagi ikatan silaturrahim atau ukhwah antara pelajar dan seterusnya
menaikkan lagi nama unit-unit yang terlibat.


  1. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah pelajar Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 dan Pelajar Tingkatan 2 Nuh. Penglibatan pelajar-pelajar lain juga amat digalakan kerana keuntungan projek tersebut akan membantu tabung persatuan dan kelab unit-unit berkaitan .

  1. PERLAKSANAAN PROJEK
Program dijalankan mengikut program panitia, sumbangan kewangan daripada Panitia Geografi, Panitia  Kemahiran Hidup dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bantuan tenaga penuh daripada pelajar Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 dan Pelajar Tingkatan 2 Nuh . Tempat yang dipilih tapak belakang blok L berhampiran stor  dan dibelakang Makmal Komputer  1 ____________. Bagi maklumat pihak tuan tapak tersebut telah diserahkan kepada Persatuan Kemahiran Hidup, Pembimbing Rakan Sebaya, Persatuan Sejarah dan Geografi serta Kelab Rukunegara pada tahun sebelum ini  sebagai tapak projek persatuan berkenaan.

  1. ANGGARAN PERBELANJAAN PERMULAAN PROJEK

PENDAPATAN
Sumbangan  Panitia KHB                                                    RM 200.00
Sumbangan  Panitia Geografi                                             RM 150.00
Sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling                    RM   50.00
PIBG                                                                                      RM 200.00
Sumbangan Peribadi                                                            RM 100.00
JUMLAH                                                                               RM 700.00

            PERBELANJAAN
            Peralatan tapak projek (rumah hidroponik)                      RM 450.00
            Peralatan tanaman (bekas dan baja)                                  RM 200.00
            Benih Tanaman                                                                     RM  50.00
            JUMLAH                                                                               RM 700.00                            





  1. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PenAUNG                            :
            :
:
:

pengarah                                    :

timbalan pengarah   :

SETIAUSAHA                        :

NAIB SETIAUSAHA              :
 
BENDAHARI                          :
                                                 
ajk perlaksana                        :





 PENUTUP

Perlaksanan projek adalah satu program yang cukup baik di dalam membolehkan unit-unit yang berkaitan mencari sumber kewangan sendiri bagi menjalankan aktiviti persatuan yang telah dirancang. Projek ini juga membolehkan setiap perancangan panitia akan dilaksanakan dengan lebih praktikal. Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat perhatian dan komitmen daripada semua pihak. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari ILLAHI.


Disediakan Oleh :-


……………………………………….
(                                                                      )