Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMA (alamat sekolah) 1
MAC 2011
Pengetua
Tuan/Puan,
MEMOHON
KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KERJAYA PELAJAR BIASISWA
Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.Adalah
dimaklumkan bahawa Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMA ingin mengadakan lawatan
kerjaya sebagai aktiviti tahunan pada butiran seperti berikut:
Tarikh :26 Mac 2011
Tempat :Universiti Sains Malaysia,Gelugor dan College Medical
Sciences.
Pelajar :40 orang pelajar,4 orang guru
3.Tujuan ianya diadakan ini adalah untuk
tujuan mendedahkan pelajar khususnya tentang pengetahuan baharu tentang lawatan
ini .Disamping itu juga,ia akan memberikan pengalaman baru kepada pelajar.
4.Sehubungan dengan itu,saya memohon
jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan untuk melakukan
program ini. Sekian dimaklumkan,terima
kasih
Yang
benar,
……………………………..
( )
Setiausaha
Program Lawatan Kerjaya
KERTAS KERJA LAWATAN KERJAYA
PADA
26 MAC 2011
BERTEMPAT DI
UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA,PULAU PINANG,
KILANG
NAZA GURUN
ANJURAN
UNIT BIASISWA
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.
PENDAHULUAN
Salah
satu program yang sangat berkesan bagi mengeratkan ukhwah dan menbuka minda
para pelajar mengenai sesuatu pengalaman yang baru ialah dengan mengadakan
suatu aktiviti yang baru dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang selalu
diadakan.Lawatan kerjaya yang akan diadakan dapat memberikan pendedahan kepada
para pelajar tentang jurusan pengajian dan peluang pekerjaan.Selain itu,ini
akan membuka minda para pelajar untuk memilih haluan sendiri selepas tamat
pengajian di bumi Al-Maad.
Sehubungan
dengan itulah kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu
usaha berterusan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai cita-cita dan
matlamat hidup.
2.OBJEKTIF
-Memberi pendedahan tentang jurusan
pengajian dan peluang pekerjaan kepada pelajar
-Membuka minda pelajar untuk memilih
haluan setelah tamat pengajian
-Melahirkan pelajar yang mempunyai
matlamat hidup.
3.MATLAMAT
-Memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain
-Menyediakan satu gerak kerja/program
yang menjurus kepada matlamat penubuhan sekolah
-Membina dan mengeratkan hubungan
silaturrahim antara pelajar dan juga guru-guru sera
masyarakat
4.KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan
sasaran program ini adalah 40 orang yang merupakan pelajar biasiswa.
5.PERLAKSANAAN
PROGRAM
Program
ini akan dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti berbentuk lawatan di beberapa
tempat seperti yang berikut:
Tarikh :
Peserta :
Tempat :
6.ANGGARAN
PERBELANJAAN PROGRAM
Pendapatan:
Sumbangan
PIBG : RM100
Sumbangan
dewan makan : RM320
(40x RM8)
Sumbangan
PCG Bimbingan dan Kaunseling : RM200
Sumbangan
pelajar : RM1000 ( RM25x40)
Jumlah Pendapatan : RM1620
Perbelanjaan:
Sewa
Bas : RM1200
Makan :
RM 300
Kotegensi :
RM 100
Jumlah Perbelanjaan : RM1620
7.JAWATAN KUASA
LAWATAN KERJAYA
Penaung :
Pengerusi :
Timb.Pengerusi
:
Setiausaha :
Timb
Setiausaha :
Bendahari :
AJK :
8.TENTATIF
PROGRAM
26 Mac 2011
7.00
pagi :Bertolak daripada Perlis
10.00pagi :Tiba di ACMS ( College of Medical
Sciences)
1.30
ptg :Solat Zohor Dan makan
tengahari
3.00ptg : Tiba di Universiti Sains Malaysia
7.30ptg :Solat maghrib dan makan malam
10.00
malam : Bertolak balik
9.PENUTUP
Perlaksanaan program adalah satu
mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan dan pengalaman kepada para pelajar
yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat memiliki ilmu yang tidak hanya didapati
daripada dalam sekolah ini bertepatan dengan visi dan misi iaitu melahirkan
insane yang berpengetahuan di dunia dan akhirat.Ini juga akan membangkitkan
lagi semangat mereka untuk menyumbang kepada sekolah pada masa akan datang.Semoga
usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi,
Yang
benar,
……………………………..
( )
Setiausaha
Program Lawatan Kerjaya