Drama bersiri sebenarnya memperkenalkan lagi berkaitan kagat. Selalunya kagat hanya yang sekolah agama ja tahu, masyarakat luar bukan tak tahu tapi ramai lagi yang tak tahu. Sesuai la yang pegang watak Kapten Mukhriz tu, nampak baik je dan bersih je penampilan. Memang la ada yang pandang negatif pada watak Ariana, kononnya tak tahu malu dan perigi mencari timpa. Pada aku baik tak tahu malu macam tu untuk mencari jodoh yang baik dari buat perangat pelik macam bertudung tapi sentuh yang bukan muhrim atau kononnya jaga martabat wanita tapi kaki kelab, tak pun sibuk hang orang mengumpat sana sini. Sebenarnya aku kagum juga dengan watak Ariana tu, amat berani walaupun orang kata berani tak kena gaya, kira muka tebal la. Tapi apa salahnya, tu tandanya yakin kat diri sendiri dan berusaha untuk mendapat yang terbaik tanpa menyalahkan takdir. Ish, susah ooooo, nak jumpa realiti orang berani macam ni , kagum juga la aku. Kadang-kadang masyarakat kita ni bila perempuan mengorat lelaki pandang perempuan tu tak malu la, gedik la, gatal la , perigi cari timba la macam-macam, sedangkan kalau lelaki nak jodoh yang baik sudah tentu perempuan nak macam tu juga. Bila perempuan tak mengedik dan jaga tarasusila tapi tak kawin-kawin juga pun kata juga andartu la, adalusia la, memilih la dan macam-macam lagi. Kita tidak support mereka dengan perkenal dengan orang yang baik, cakap yang baik-baik. Sedangkan semua tu ketentuan Allah tapi kita lebih memilih untuk menghukum hanya kerana dia perempuan, dia wanita. Kita lupa mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk dia tapi dalam masa yang sama Allah sedang beri ujian kepada kita. Apapun sebenarnya cerita ni bagi aku fun la, memang la nampak watak heroin /watak utama perempuan tu tergedik-gedik , jadi kira menjadi la lakonan ni. Nak hairan apa kata orang pasal gedik-gedik ni, yang penting tergedik-gedik tu nak cari suami yang baik dan sempurna. Yang diluar cerita banyak lagi tergedik-gedik. Kira bagus la imaginasi penulis novel dan pengarah drama.