Siapa kata kalau kita semakin erat persahabatan kita sentiasa gembira dan tidak akan terluka. Kita terpaksa terima kelemahan atau keburukan. Tapi tu lah persahabatan , kemaafan sentiasa. Perkara kecik-kecik kita cuba lupakan atas perkataan keramat persahabatan. Malahan kadangkala persahabatan juga menyebabkan kita terluka seorang diri. Tapi sedar tak kadangkala apapun dalam persahabatan baik diluahkan upaya masing-masing saling menghargai. Sikap kita yang suka pendam ni atas dasar tidak mahu ada yang terluka akhirnya memang ada yang terluka iaitu diri sendiri dan akhirnya terpalit pada persahabatan dan orang sekeliling. Jika kita sayangkan persahabatan kita perlu dorong ke arah kebaikan bukan kita tutup keburukan sahabat dengan mendorong dia sentiasa melukai diri kita dan orang lain dan akhirnya dia yang terluka. Kadangkala persahabatan tidak dinilai atas kata-kata tapi apa yang dirasai. Masalah kita kadangkala tidak berani kata tidak kerana risau tapi akhirnya ketenteraman dihati tidak berpihak pada diri. Jagalah persahabatan atas nilai sewajarnya.