Ahad, 27 November 2016

CONTOH SURAT POHON SUMBANGAN UNTUK KURSUS







Ruj.Kami :
Tarikh      :
Borong Dihn Cawangan _______,
(ALAMAT)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN CENDERAHATI UNTUK MESYUARAT GURU SERTA STAF DAN LDP KBAT DI HOTEL SERI MALAYSIA SUNGAI PETANI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa (NAMA SEKOLAH) akan mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama dan LDP KBAT di Hotel Seri Malaysia seperti maklumat berikut:
            Tarikh            : 28-29 Disember 2015
            Tempat           : Sungai Petani, Kedah
            Bil. Peserta     : 66 orang guru dan 19 orang staf pentadbiran
3.         Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan penghargaan kepada guru dan staf, maka mesyuarat guru dan staf kali pertama ini akan diadakan di tempat yang berbeza daripada tahun sebelum ini, disamping turut mengadakan seminar berkaitan KBAT. Ini juga adalah diharapkan agar guru dan staf memberikan komitmen dan berusaha kearah kecemerlangan sekolah.
4.         Sehubungan dengan itu, pihak (NAMA SEKOLAH) ingin memohon sumbagan cenderahati daripada pihak tuan seperti kelender, fail poket, buku tulis,peralatan tulis, beg cenderahati atau sebarang cenderahati lain yang bersesuaian bagi menjayakan program tersebut. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi PN : (HP:) dan  CIK (HP:)
5.         Turut disertakan juga lampiran kertas kerja program tersebut sebagai bukti dan rujukan pihak tuan.
6.         Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan di dalam membantu kecemerlangan (NAMA SEKOLAH) didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian harap maklum.

            SLOGAN SEKOLAH

Saya Yang Menurut Perintah.

……………………………………….
PENGETUA