Jumaat, 25 November 2016

jom belajar membuat capati ... cuti sekolah cari aktiviti

kemahiran baru ..ilmu baru ... pengalaman baru .... jom belajar dan tambah kemahiran memasak



Capati 1

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
1.        Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
2.        Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
3.        Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
4.        Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

Capati 2
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 225 gm tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 125 ml air suam
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
  • Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
Cara-cara
1.        Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2.        Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3.        Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4.        Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5.        Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6.        Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7.        Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8.        Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9.        Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
10.     Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.