Panitia Bahasa Melayu,
Program Lepasan PT3 2016
(alamat sekolah)
Pengetua,
(alamat sekolah) 2
November 2016
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
MEMOHON
KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR LEPASAN PT3 SEKITAR KEDAH DAN
MEMOHON PERUNTUKAN MAKAN ASRAMA
Dengan segala hormatnya perkara diatas
dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Kecemerlangan
Tingkatan 3 (SEKOLAH) ingin mengadakan lawatan sambil belajar bagi pelajar lepasan PT3 sesi pengajian 2016.
Butiran adalah seperti berikut
Tarikh : 14 November 2016
Tempat : Sekitar Kedah
Bil.
Guru : 8 orang
Bil.
Pelajar : 31 orang
3. Lawatan ini adalah salah satu program
lepasan PT3 yang dicadangkan pihak panitia Bahasa Melayu.
4.Sehubungan itu, saya memohon jasa baik dan
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan untuk meluluskan program ini
dan permohonan peruntukan makan asrama.Kerjasama daripada pihak tuan amatlah
dihargai Sekian terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
………………………
Setiausaha Program.
KERTAS KERJA
Lawatan Sambil Belajar Lepasan PT3 Sekitar
Kedah
Tarikh:
14 November
2016
Tempat:
Pusat Sains, Kedah
Menara Telekom, Kedah
Rumah Kelahiran Dr Mahathir, Kedah
Anjuran Bersama:
Panitia Bahasa Melayu
dan Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah
( NAMA SEKOLAH)
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
LEPASAN PT3 TAHUN 2016
1.0 PENGENALAN
Lawatan Sambil Belajar Lepasan PT3 merupakan
salah satu cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia luar dan
persediaan pelajar menghadapi cabaran seiring dengan peredaran zaman sekarang.
Lawatan sambil belajar ini juga sedikit
sebanyak dapat mengeratkan lagi pertalian antara pelajar di samping dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam menguruskan masa depan.
2.0 OBJEKTIF
2.1Meningkatkan
pengetahuan dan membuka minda pelajar
2.2Memupuk
kesedaran dan perasaan tanggungjawab terhadap kepimpinan
2.3Mempelbagaikan aktiviti luar sekolah.
3.0 FAEDAH DAN KEPENTINGAN
3.1Melahirkan masyarakat
pelajar yang mempunyai pelbagai pengetahuan
3.2Mengelakkan daripada
melakukan aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah
3.3Mengisi masa terluang
pelajar dengan aktiviti yang berfaedah .
4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3 (SEKOLAH)
orang pelajar dan 8 orang guru.
5.0
TENTATIF
TENTATIF
PROGRAM
14/11/2016 (ISNIN)
8.00
pagi Bertolak ke Pusat Sains, Kedah
10.30
pagi Rumah Tun Mahadhir
1.00
tgh Menara Telekom
3.00
petang bertolak pulang
6.0
ANGGARAN BELANJAWAN
Pendapatan:
Kutipan Pelajar ( kutipan pelajar RM 25 X 131 orang) RM 3275.00
Peruntukan sekolah(Dewan makan dan asrama)( RM10x 131
orang) RM 1310.00
==========
Jumlah Pendapatan
RM 4585.00
Perbelanjaan:
Bas ( 4 buah x
RM600) RM
2400.00
Bayaran tiket Pusat
Sains RM
695.00
Bayaran tiket Menara
Telekom RM1128.00
Makan dan kotegensi RM
362.00
==========
Jumlah Perbelanjaan RM 4585.00
7.0
JAWATANKUASA
PENAUNG :
PENGETUA DAN PENOLONG2 KANAN
PENGERUSI : GKMP
SETIAUSAHA : KETUA PANITIA
BENDAHARI
:
AJK
:
KERTAS
KERJA DAN PERMIT
BAS
DOKUMENTASI
DAN FOTOGRAFI
8.0 PENUTUP
Perlaksanaan
program adalah satu mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan
dan pengalaman kepada pelajar-pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat
memiliki sifat kepimpinan yang dapat membantu memimpin sekolah,agama dan negara
pada suatu masa akan datang.Ini juga untuk mencapai visi dan misi sekolah
selaku membangunkan sekolah yang cemerlang dan bestari.Semoga usaha ini mendapat
keberkatan dan keredhaan daripada Ilahi.
SAYA YANG MENJALANKAN PERINTAH,
………………………………
( )
Setiausaha Program,