Rabu, 15 Mac 2017

ADAKAH HATI SEINDAH PELANGI ATAU SEKADAR RUMPUT DIPINGIRAN TASIK

Sahabat ketika aku kecewa kadangkala kau la penyelamat umpama sang wira dan kadangkala kau la pencetus kesakitan ini.
Hatiku gundah adakah aku terlalu menyayangi mu sahabat, adakah aku memendam kekecewaan di atas onar yang kau lakukan.
Sahabat hatiku umpama rama-rama yang mana dilihat cantik pada padangan mata tapi sayapku koyak ditiup sangkakala.
Hatiku , jiwaku memerlukan kekuatan untuk bangun dari kehancuran dan kepedihan yang kau berikan, biar sakit semangatku, biar goyah entah kemana , hatiku tidak rela menidakkan kebaikkan mu.
Sahabat adakah kita masih lagi teman yang sentiasa mesra atau akrab atau adakah aku seorang yang mengganggap mu sahabat tapi  padamu aku bukan siapa-siapa.
Sahabat adakah begini selamanya persahabatan kita atau adakah ini bermaksud pengakhiran kerana ketidaksudianmu menjadi sahabatku.