Selasa, 7 Mac 2017

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA D QASEH



RESIPI KUIH KERIA GULA MELAKA
-         

BAHAN KERIA
500 GRAM UBI KELEDEK
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
½ SUDU TEH ENO / SODA BIKARBONAT

CARA MEMBUAT
1.       REBUS KELEDEK HINGGA LEMBUT, LETAK SEDIKIT GARAM
2.       BILA DAH MASAK BUANG KULIT KELEDEK
3.       LENYEKKAN ADUNAN KELEDEK , TEPUNG GANDUM, TEPUNG BERAS DAN ENO/SODA. KALAU ADUNAN LEMBUT MASUKKAN SEDIKIT LAGI TEPUNG GANDUM.
4.       BUAT SEPERTI BENTUK DONAT- BULATKAN DAN TEBUK BAHAGIAN TENGAH
5.       GORENG KUIH DALAM API YANG SEDERHANA.

GULA SIRA
2-3 KEPING GULA MELAKA
1-2 SUDU GULA PUTIH
1 CAWAN AIR

CARA MEMBUAT
SATUKAN SEMUA BAHAN DALAM KUALI / PERIUK, MASAK HINGGA GULA BERBUIH,TUTUP API. CELUP KUIH KERIA DALAM GULA…SUSUN DALAM PINGGAN.