Jumaat, 25 November 2016

jom belajar membuat capati ... cuti sekolah cari aktiviti

kemahiran baru ..ilmu baru ... pengalaman baru .... jom belajar dan tambah kemahiran memasak



Capati 1

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
1.        Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
2.        Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
3.        Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
4.        Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

Capati 2
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 225 gm tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 125 ml air suam
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
  • Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
Cara-cara
1.        Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2.        Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3.        Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4.        Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5.        Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6.        Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7.        Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8.        Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9.        Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
10.     Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.



Khamis, 24 November 2016

CONTOH SIJIL PENGHARGAAN DAN WATIKAH PERLANTIKAN PRS DAN PENGAWAS




LOGO SEKOLAH


SMA ( nama sekolah)
SIJIL PENGHARGAAN

Tahniah dan terima kasih


Telah memberikan kerjasama dan sumbangan dengan penuh dedikasi dalam menjalankan tugas sebagai:

AHLI JAWATANKUASA
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

SESI 2015/2016
Dengan jayanya


   ……………………………………………..

PENGETUA






LOGO SEKOLAH


                                             SMA ( nama sekolah)


WATIKAH PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



Bahawa dengan ini saudara / saudari


Telah dilantik sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya Sma Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah dan akan menjalankan tanggungjawab serta tugas-tugas yang diamanahkan.


               …………………………………….
            
PENGETUA

CINTA DAN PERSAHABATAN

Siapa kata kalau kita semakin erat persahabatan kita sentiasa gembira dan tidak akan terluka. Kita terpaksa terima kelemahan atau keburukan. Tapi tu lah persahabatan , kemaafan sentiasa. Perkara kecik-kecik kita cuba lupakan atas perkataan keramat persahabatan. Malahan kadangkala persahabatan juga menyebabkan kita terluka seorang diri. Tapi sedar tak kadangkala apapun dalam persahabatan baik diluahkan upaya masing-masing saling menghargai. Sikap kita yang suka pendam ni atas dasar tidak mahu ada yang terluka akhirnya memang ada yang terluka iaitu diri sendiri dan akhirnya terpalit pada persahabatan dan orang sekeliling. Jika kita sayangkan  persahabatan kita perlu dorong ke arah kebaikan bukan kita tutup keburukan sahabat dengan mendorong dia sentiasa melukai diri kita dan orang lain dan akhirnya dia yang terluka. Kadangkala persahabatan tidak dinilai atas kata-kata tapi apa yang dirasai. Masalah kita kadangkala tidak berani kata tidak kerana risau tapi akhirnya ketenteraman dihati tidak berpihak pada diri. Jagalah persahabatan atas nilai sewajarnya.