Selasa, 4 Julai 2017

biskut florentine / bianetta versi cik bunga

bahan-bahan
 1 paket tepung florentine / bianetta
250gm almonds flake
250gm kuaci kacang
250 gm melon hijau / kuning
50 gm bijan putih
50 gm bijan hitam




saya masukkan campuran dalam papercup seperti gambar dibawah  ..mula2 letak campuran kuaci , almond dan melon, lepas tu tabur bijan, akhirnya tabur tepung florentine. Guna oven suhu 180, masa 8-10 minit ..


  

Foto Norhayati Yaakob. 
Foto Norhayati Yaakob. 
Foto Norhayati Yaakob.



Isnin, 3 Julai 2017

homestay di perlis .. ImanKaseh Homestay , D Qaseh Homestay dn Nur Kasih Homestay ,,,,

ImanKaseh Homestay
Bintong, Perlis

D'Qaseh Homestay
Kangar, Perlis

Nur Kasih Homestay
Kangar, Perlis

Pada yg masih tercari2 penginapan 🏘🏘🏘🏘 sepanjang musim perayaan nie..
Sila2 lh hubungi kami seperti talian yg tertera utk pertanyaan/tempahan.. 📲📞📱
- tempah awai xkalut..
- mai selit2 order..
- kita check tarikh yg masih ada kekosongan..

 Foto Norhayati Yaakob.
 

Foto Norhayati Yaakob.


 Foto Norhayati Yaakob.

Ahad, 2 Julai 2017

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1 cawan gula yang dimasakan bersama 4 sudu sos cili dan 2 sudu serbuk cili ( bergantung kepada kepedasan masing2--boleh kurang atau lebihkan cili)... pastikan serbuk cili digorengkan sekejap dalam kuali yang tidak berminyak sebelum dicampurkan dalam gula, masak adunan bila semua kulit popia telah digoreng

Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, gaulkan bersama pati gula yang telah dimasakkan bersama sos dan serbuk cili
6. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas, biarkan adunan sejuk . Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Popia Coklat Oat Badam Simple


Resepi Popia Coklat Oat Badam Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan cokat masakan yang dicairkan , boilkan coklat tersebut bersama 3 sudu susu pekat

1/3 cawan badam yang dikisar( atau beli yang memang dikisar)
1/3 oat segera
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, celupkan dalam coklat masakan.
6. Seterusnya gaul kulit popia tersebut bersama badam dan oat. Masukkan sekejap dalam peti ais supaya coklat menjadi keras, keluarkan.Seterusnya simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Popia Milo Krimier Simple

Resepi Popia Milo Krimer Simple

Resepi Popia Milo Krimer Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan milo

1/3 cawan serbuk krimier

Minyak masak

Cara Membuat:

1. Potong kulit popia berbentuk 4 segi atau 3 segi , saiz agak dlm 2-3 cm . Buat hingga habis.

2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

3. Apabila sudah angkat ketika panas , tabur serbuk milo dan krimier di atas kulit popia tersebut.

4. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.