Ahad, 2 Julai 2017

Resepi Popia Coklat Oat Badam Simple


Resepi Popia Coklat Oat Badam Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan cokat masakan yang dicairkan , boilkan coklat tersebut bersama 3 sudu susu pekat

1/3 cawan badam yang dikisar( atau beli yang memang dikisar)
1/3 oat segera
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, celupkan dalam coklat masakan.
6. Seterusnya gaul kulit popia tersebut bersama badam dan oat. Masukkan sekejap dalam peti ais supaya coklat menjadi keras, keluarkan.Seterusnya simpan dalam bekas kedap udara.