Rabu, 12 Julai 2017

LAKSA JOHOR ..RUJUKAN FB SI ROAR TALL

LAKSA JOHOR*

Bahan kuah :

- 7 biji Bawang besar**
- 6 biji Bawang putih**
- Sebesar ibu jari Halia**
- Satu inci Lengkuas**
- 4 btg serai serai**
- Sebesar ibu jari Kunyit**
- Lada kering yang sudah direbus dua genggam**
** Kisar semua bahan kat atas.

- rempah tumis tiga serangkai. Bunga lawang,kayu manis,bunga cengkih.
- Ikan selayang/ikan tenggiri. Ikut saiz ikan jugak. Mcm yang nie, pakai ikan tenggiri yang kecik2 dlm 7 ekor.
Rebus ikan nie. Asingkan isi. Air rebusan jangan buang. Nak guna buat kuah nanti. Isi ikan tuu nanti kisar jugak yee.
- serbuk kari ikan. Nie terpulang nk banyak mana. Mcm masak kari.
- kerisik. Saya pakai yg dalam paket kecik. Pakai 2 paket. Takde kerisik takde umpphhhh.
- santan (2 biji kelapa).

1. Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis tuuu. Pastuu baru masukkan bahan yg dikisar. Masak sekejap.
2. Masukkan serbuk kari. Gaul2 sekejap pastuu masukkan isi ikan yang dah dikisar tadi tuuu. Waktuu nie biar kan isi ikan mesra dengan bahan kisar tadi tuuu. Biar lama-lama sikit sampai pecah minyak.
3. Agak2 dah sebati semua tuuu, baru masukkan santan dan air rebusan ikan tadi tuuu. Make sure air tuu takde tulang ikan yeee. Last sekali,masukkan kerisik. Biar die masak sampai die pekat dan pecah minyak. Perasakan dengan garam,gula dan kiub ayam.

Bunga-bunga hiasan/ulaman laksa :
- Timun
- Taugeh
- Daun kesum
- Daun selasih
- Bawang besar
- Limau sambal
- Sambal belacan
Last sekali, rebuslah spagethi. Laksa johor memang makan dengan spagethi.