Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah,
Jalan Besar 02600 Arau,
Perlis
Pengetua 27
Julai 2016
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah,
Jalan Besar 02600 Arau,
Perlis.
Tuan/Puan,
MEMOHON
KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR TINGKATAN 4 PUTERI
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah ingin mengadakan
lawatan sambil belajar bagi pelajar tingkatan 4 ( puteri) sesi pengajian 2016.Butiran program adalah seperti berikut:-
Tarikh :12-14 Ogos 2016
Hari :Jumaat - Ahad
Tempat :Institusi Pengajian Sekitar Negeri
Perak dan Cameron Highland.
3. Lawatan ini adalah untuk pendedahan kepada pelajar berkaitan
kursus yang ditawarkan IPTA /IPTS disamping mendedahkan pelajar dalam kerjasama
berpasukan antara tingkatan 4 (Puteri).
4. Sehubungan itu,saya
memohon jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan untuk
meluluskan program ini.Kerjasama dari pihak tuan/puan amat la dihargai.
Sekian,Terima kasih.
Yang Benar,
…………………………………
( )
Setiausaha,
Program Lawatan Sambil Belajar Tingkatan 4 ( Puteri)
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TING. 4 (PUTERI) SMA AL-MAAD TAHUN 2016
PADA :-
12-14 OGOS 2016
(JUMAAT – AHAD)
BERTEMPAT DI :-
Universiti
Sultan Alan Shah (USAS),
Universiti Teknologi
Petronas (UTP) Perak
Dan Cameran
Highalands, Pahang
ANJURAN BERSAMA
:-
UNIT ASRAMA
&
UNIT BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
SMA AL-MADRASAH
AL-ALAWIYAH AD-DINIAH
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL
BELAJAR TINGKATAN 4 (PUTERI) TAHUN 2016
1.0 PENGENALAN
Lawatan Sambil Belajar merupakan salah satu
cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia luar dan persediaan
pelajar menghadapi cabaran seiring dengan peredaran zaman sekarang. Lawatan
sambil belajar ini juga sedikit sebanyak
dapat mengeratkan lagi pertalian antara pelajar di samping dapat mengaplikasikan
apa yang dipelajari dalam menguruskan masa depan.
2.0OBJEKTIF
2.1
Meningkatkan
pengetahuan dan membuka minda pelajar
2.2
Memupuk
kesedaran dan perasaan tanggungjawab terhadap kepimpinan
2.3Mempelbagaikan
aktiviti luar sekolah.
3.0 FAEDAH DAN KEPENTINGAN
3.1Melahirkan masyarakat pelajar yang mempunyai pelbagai
pengetahuan
3.2Mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat dan
tidak berfaedah
3.3Mengisi
masa terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah .
4.0 SASARAN
Semua pelajar
tingkatan 4 ( Puteri) SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah.seramai 41 org.
5.0 TENTATIF
TENTATIF
PROGRAM
Jumaat 12/8/2016
10.00 pagi :Bertolak ke Perak
3.00 ptg :Program di USAS
7.00 mlm : Bermalam di
USAS
Sabtu 13/8/2016
7.00 pagi :Sarapan
8.00 pagi :Bertolak ke
UTP
10.00 pagi Program di UTP
2.00 ptg :Kajian
Lapangan
4.00 petang
:Bertolak ke Cameron Highlands
Ahad 14/8/2016
7.00 pagi : Sarapan/ Persiapan diri
8.00 pagi :
Melawat Kawasan :Ladang Tea
:Kedai Cenderamata
:Ladang Tanaman Sayur-sayuran
:Ladang Buah-buahan
2.00 petang : Bertolak
Pulang
6.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Pendapatan:
Kutipan Pelajar ( kutipan pelajar RM 100 X 41 orang) RM
4,100.00
Peruntukan sekolah (Dewan makan dan asrama) RM 3,000.00
Kaunseling
RM 300.00
Sumbangan
RM 1,500.00
==========
Jumlah Pendapatan
RM 8,900.00
Perbelanjaan:
Bas RM
3,000.00
Penginapan 2 malam RM
2,000.00
Makan RM
3,000.00
Kotegensi dan lain-lain RM 50.00
==========
Jumlah
Perbelanjaan RM8,400.00
7.0 JAWATANKUASA
PENAUNG :
PENGERUSI :
SETIAUSAHA :
TIMB SETIAUSAHA
BENDAHARI :
AJK GURU :
AJK PELAJAR:
8.0 PENUTUP
Perlaksanaan
program adalah satu mekanisme yang cukup bagi memberikan latihan
dan pengalaman kepada pelajar-pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agar dapat
memiliki sifat kepimpinan yang dapat membantu memimpin sekolah,agama dan negara
pada suatu masa akan datang.Ini juga untuk mencapai visi dan misi sekolah
selaku membangunkan sekolah yang cemerlang dan bestari.Semoga usaha ini
mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Ilahi.
BIAIDINA NABNIL MAAD,
………………………………
( )
Setiausaha ,
Program Lawatan Sambil Belajar