Rabu, 5 Julai 2017

pengurusan dan analisis pelaburan




SOALAN 1 (10 Markah)

a)    Jelaskan bagaimanakah pelaburan awam dapat menjadi makanisme penting dalam penyediaan barang-barang sosial.
(5 Markah)

Jawapan :

Pelaburan  awam menjadi mekanisme penting dalam penyediaan barang-barang sosial kerana

1)    Kerajaan tidak berupaya untuk menyediakan keseluruhan barangan dan perkhidmatan dengan sumber-sumber yang terhad.

2)    Menyedia dan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan sosial untuk meningkatkan kebajikan masyarakat.

3)    Menghasilkan barang-barang modal overhed sosial.

4)  Dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan antara sektor awam dan sektor swasta interasksi keseimbangan sosial amat sukar untuk dipenuhi dan kadangkala dikatakan amat mustahil.






b)   Mengapakah pelaburan awam dianggap sebagai perbelanjaan yang produktif?
(5 Markah)
            Jawapan :
1)    Perbelanjaan kerajaan (G) dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbelanjaan semasa (GS) dan perbelanjaan modal (GC).

2)    Perbelanjaan produktif adalah perbelanjaan modal iaitu perbelanjaan yang digunakan secara langsung untuk menghasilkan sesuatu barangan dan perkhidmatan.

3)    Contoh perbelanjaan ini adalah perbelanjaan untuk aktiviti pelaburan. Ianya melibatkan perbelanjaan pembangunan ekonomi dan perbelanjaan pembangunan sosial.

4)    Produk yang terhasil daripada aktiviti perbelanjaan produktiviti kerajaan ialah barangan berbentuk kemudahan awam dan perkhidmatan awam.











SOALAN 2
Baca petikan berikut :
TelukIntan :Penduduk di Kampung Merdeka Glouster, Kilometer 9, JalanChangkat Jong, bersyukur kerana menerima kemudahan jambatan baharu. Jambatan bernilai RM3 juta itu menggantikan jambatan kayu yang sudah reput dan tidak selamat digunakan. Kemudahan yang dibina daripada konkrit itu merintangi Sungai Bidor, siap sepenuhnya tahun lalu menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan jambatan lama yang digunakan lebih 50 tahun lalu.
Sumber :BeritaHarian, 21 Oktober 2015

a)    Berdasarkan petikan di atas, jawabsoalan-soalanberikut :

                      i.        Apakah bentuk projek yang dinyatakan dalam petikan di atas mengikut taksonomi pelaburan awam. Beri alasan kepada jawapan anda.
(4 Markah)

Jawapan :
1)      Bentuk projek yang dinyatakan dalam petikan di atas mengikut taksonomi pelaburan awam ialah Pelaburan Penggantian. Projek ini dijalankan oleh  kerajaan bag imenggantikan projek yang sediaada.

2)      Antara faktor yang dipertimbangkan untuk melaksanakan pelaburan penggantian ialah keselamatan, ketidakcekapan projek sedia ada disebabkan saiz dan teknologi yang ketinggalan zaman, kos penyelenggaraan yang meningkat, lokasi yang tidak strategik dan keperluan masa.

                    ii.        Berikan DUA (2) faedah langsung yang mungkin diterima oleh masyarakat daripada perlaksanaan projek dalam petikan di atas.
(2 Markah)

Jawapan :
1)    Setelah projek pembinaan jambatan tersebut siap, kewujudan jambatan tersebut dapat dilihat dengan jelas secara fizikal iaitu dapat melihat struktur pembinaan jambatan tersebut.

2)    Pertambahan pengguna yang menggunakan laluan jambatan tersebut juga akan bertambah dan memudahkan perjalanan pengguna dan masyarakat setempat.

3)    Memudahkan urusan seharian masyarakat dan penduduk setempat dalam meneruskan aktiviti seharian



                   iii.        Jelaskan SATU (1) alasan utama mengapakah projek ini dianggap sebagai projek awam.
(3 Markah)

Jawapan :
1)    Projek ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pembangunan negara. 

2)    Mementingkan keselamatan, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dalam projek yang dijalankan





b)   Huraikan peranan akauntabiliti awam dalam pengurusan pelaburan awam
(6 Markah)
Jawapan :
1)    Akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan. 

2)    Terbahagi kepada dua jenis iaitu Akauntabiliti Pengurusan dan Akauntabiliti Kewangan.

3)    Akauntabiliti pengurusan menentukan sama  ada penggunaan tenaga manusia, wang dan lain-lain sumber diurus secara ekonomi, cekap dan berkesan

4)    Akauntabiliti kewangan pula memberi jaminan akaun yang diselenggarakan boleh dipercayai dan segala urus niaga dijalankan dengan jujur, berintegriti, teratur serta mematuhhi undang-undang dan peraturan kewangan.


SOALAN 3 (10 Markah)
a)    Huraikan perbezaan antara pelaburan awam langsung dan pengurusan pelaburan awam.
(5 Markah)
Jawapan :
1)    Pelaburan awam langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam.

2)    Contoh pelaburan awam langsung adalah hospital, klinik, sekolah

3)    Pelaburan awam tidak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tidak langsung samada melalui pelaburan ekuiti atau fizikal.

4)    Penyertaan kerajaan dalam aktiviti pelaburan melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan tertentu.

5)    Contoh pelaburan awam tidak langsung pula adalah FELDA, RISDA, Khazanah Nasional, Petrolium Nasional (PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).


b)   Kerajaan Persekutuan bercadang membina sebuah jambatan di Daerah Kubang Pasu. Apakah DUA (2) bentuk hubungan antara organisasi-organisasi kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan projek pembinaan jambatan ini. Jelaskan dengan ringkas bentuk hubungan berkenaan.
(5 Markah)
Jawapan :
1)    Projek pelaburan awam diuruskan oleh organisasi kerajaantertentusamaada di peringkat negeri atau persekutuan.

2)    Bagi pembinaan jambatan di Daerah Kubang Pasu bentuk hubungan atau interaksi formal antara organisasi kerajaan yang terlibat adalah Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

3)    Hubungan formal ini wujud bagi memastikan projek yang dilaksanakan Berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

4)    Hubungan Jabatan dan jabatan juga wujud dalam hubungan formal melalui interaksi dalam kalangan pelaksana projek.

5)    Selain jabatan atau agensi yang terlibat secara langsung dalam projek berkenaan, jabatan luar yang tidak terlibat secara langsung juga berperanan untuk menjayakan projek berkenaan.

6)    Hubungan tidak formal juga terlibat dalam pengurusan, perancangan dan pelaksanaan  projek pelaburan awam kerana ianya melibatkan pelbagai pihak dalam membuat keputusan pelaburan.














SOALAN 4 (25 markah)

a)    Apakah peranan analisis kos-faedah dalam proses membuat pilihan antara alternatif terbaik projek awam?
                                                                                                                     ( 2 Markah)
Jawapan:
Peranan CBA haruslah mempunyai kebolehlaksanaan yang tinggi kerana pelaksanaan projek awam berkaitan dengan aspek-aspek teknikal, perundangan dan halangan organisasi ke atas pilihan atau alternatif


b)   Jelaskan DUA (2) masalah yang wujud dalam pelaksanaan analisis kos-faedah bagi projek awam.
                                                                                                     ( 4 Markah)
Jawapan:

Dua Masalah yang wujud dalam perlaksanaan analisis kos-faedah bagi projek awam ialah:-
i)     Kesukaran penentuan faedah dan kos. Contohnya kesan luaran atau externaliti. Walaupun pembinaan taman permainan baru mendatangkan faedah kepada sesetengah pihak tetapi ianya juga memberi masalah kepada sesetengah pihak yang tidak menyukai peningkatan lalu-lintas dan bunyi bising.
ii)    Kesukaran penentuan kadar bunga. Sebenarnya tidak ada kadar diskaun untuk sektor awam. Kebiasaan penganalisis CBA menggunakan kadar diskaun swasta. Tetapi ahli ekonomi berpendapat kadar bunga pasaran adalah kurang sesuai digunakan dalam analisis projek awam.


c)    Kerajaan Negeri Kedah bercadang membina Komplek Latihan Keusahawanan (KLK) di atas tapak seluas 15 kebun getah pada tahun 2016. Komplek ini akan menempatkan pelatih seramai 500 pelatih bagi satu sesi latihan.setiap tahun, dua sesi latihan akan dilaksanakan. Pelatih akan menjalani latihan selama 6 bulan.pembinaan KLK dijangka selesai dalam tempoh dua tahun. Proses pembersihan kebun getah dilaksanakan dalam tahun 2016 dengan menelan kos dianggarkan sebanyak RM800,000. Kos permulaan KLK ialah RM500,000. Jangkaan agihan kos pembinaan KLK bagi tahun 2016 dan 2017 masing-masing adalah RM2 juta dan RM4 juta.

Apabila projek KLK siap, ianya akan diuruskan oleh KEMAS Cawangan Kedah. Kos pengurusan dan pentadbiran KLK untuk tahun 2018 ialah RM4000,000. Kos ini dijangka meningkat 1.5 peratus setiap tahun selepas tahun 2018. KLK akan dibuka secara rasmi pada Jun, 2018 dan dijangka menempatkan pelatih kumpulan pertama seramai 300 orang untuk sesi pertama dan 500 orang unbtuk sesi kedua. Bilangan pelatih untuk tahun-tahun berikutnya mencapai kapasiti penuh KLK. Setiap pelatih yang menamatkan latihan akan menjadi usahawan dan dijangka menjana pendapatan bersih sebanyak RM5,000 sebulan. Pendapatan ini meningkat sebanyak 2 peratus apabila kumpulan ketiga pelatih menamatkan latihan. Jangkaan pendapatan ini akan kekal untuk tahun-tahun berikutnya.

Berdasarkan maklumat dari petikan ini, jawab soalan-soalan berikut:

i)     Sediakan satu rangka yang bersesuaian untuk melaksanakan analisis kos dan faedah bagi tempoh LIMA (5) tahun.
                                                                                                            ( 4 Markah)
Jawapan:
TAHUN
FAEDAH
KOS
NILAI FB (RM)
2015
0
500,000.00
-500,000.00
2016
0
2,800,000.00
-2,800,000.00
2017
0
4,000,000.00
4,000,000.00
2018
0
400,000.00
400,000.00
2019
1,500,000.00
406,000.00
1,094,000.00
2020
5,050,000.00
412,090.00
4,637,910.00
JUMLAH
- 1,968,090.00

ii)    Berikan SATU (1) contoh bagi setiap faedah langsung nampak, faedah langsung tidak nampak dan kos langsung nampak berkaitan dengan projek KLK.
                                                                                                            (3 Markah)

Jawapan:

ii)
a)    Faedah langsung nampak ialah projek KLK akan meningkatkan pendapatan pada masa hadapan
b)    Faedah langsung Tidak Nampak ialah boleh menambah pengetahuan dan pengalaman kepada penduduk sekitar KLK.
c)    Kos langsung Nampak ialah kos pembinaan siap KLK







iii)   Dengan mengambil kira hanya kos dan faedah nampak, hitung nilai kini faedah bersih bagi projek KLK bagi tempoh LIMA (5) tahun. Andaikan faktor diskaun ialah 10 peratus setahun.
                                                                                         (12 Markah)
Jawapan:
TAHUN
FAEDAH
KOS
NILAI FB (RM)
FAKTOR DISKAUN
NILAI KINI (PV) (RM)
2015
0
500,000.00
-500,000.00
1
-500,000.00
2016
0
2,800,000.00
-2,800,000.00
0.909
-2,545,200.00
2017
0
4,000,000.00
4,000,000.00
0.826
-3,304,000.00
2018
0
400,000.00
400,000.00
0.751
-300,400.00
2019
1,500,000.00
406,000.00
1,094,000.00
0.683
747,202.00
2020
5,050,000.00
412,090.00
4,637,910.00
0.621
2,880,142.00
JUMLAH
- 1,968,090.00

-3,022,256.00
SOALAN 5  (10 Markah)

a)    Huraikan TIGA (3) langkah yang terlibat dalam pengawalan risiko pelaburan awam.
                                                                                                            ( 6 Markah)

Jawapan:
Tiga langkah yang terlibat dalam pengawalan risiko pelaburan awam ialah:-
i)     Penghapusan risiko - melibatkan penghapusan keseluruhan risiko iaitu dapat dilakukan dengan mengubah prosedur kerja dan menamatkan atau memindahkan projek yang berkaitan.

ii)    Pengurangan risiko - mengurangkannya ke tahap yang dikehendaki secara signifikan atau sebahagian risiko dan mengadakan program keselamatan.

iii)   Pemindahan risiko -  boleh dibuat dengan memindahkan risiko kepada organisasi lain melalui ‘hold-harmless agreement’ dan memindahkan projek kepada organisasi lain yang lebih berupaya.



b)   Bincangkan kesan risiko kadar pertukaran dalam perlaksanaan projek pelaburan awam.
                                                                                                            ( 4 Markah)

Jawapan:

            Kesan risiko kadar pertukaran dalam perlaksanaan projek pelaburan awam ialah kesan terhadap mata wang Malaysia mengalami turun-nilai atau depresiasi,katakan kadar pertukaran baru ialah USD1=RM3.50. Ini bermakna rakyat Malaysia memerlukan sebanyak RM3.50 untuk memperolehi USD1 berbanding sebelum berlaku depresiasi RM3.20 sahaja. Oleh itu, barang-barang import menjadi semakin mahal dan sebaliknya barang-barang eksport menjadi semakin murah. Sekiranya projek-projek pelaburan awam memerlukan import barang-barang modal atau input dari luar negara, pihak kerajaan menanggung kos yang lebih tinggi kerana terpaksa membayar pada harga yang tinggi. Sekiranya pengimportan input diteruskan bagi menyiapkan projek pelaburan awam, maka kemerosotan imbangan pembayaran akan berlaku kerana import melebihi daripada eksport.


       
-TAMAT-