Ahad, 2 Julai 2017

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Resepi Popia Ranggup Bercili Simple

Bahan-Bahan:

1 bungkus popia
1 cawan gula yang dimasakan bersama 4 sudu sos cili dan 2 sudu serbuk cili ( bergantung kepada kepedasan masing2--boleh kurang atau lebihkan cili)... pastikan serbuk cili digorengkan sekejap dalam kuali yang tidak berminyak sebelum dicampurkan dalam gula, masak adunan bila semua kulit popia telah digoreng

Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.

2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

5. Apabila sudah sejuk, gaulkan bersama pati gula yang telah dimasakkan bersama sos dan serbuk cili
6. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas, biarkan adunan sejuk . Simpan dalam bekas kedap udara.