Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah
Jalan Besar 02600 Arau
Perlis
Pengetua 11
April 2017
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah
Jalan Besar 02600 Arau
Perlis
Assalamualaikum
w.b.t
Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH KECEMERLANGAN PT3 ,SPM DAN
STAM 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas
adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
Kecemerlangan 2017 seperti maklumat berikut :-
Tarikh
: Tingkatan 3 :2/5/2017,20/7/2017,
14/4/2017
Tingkatan 5:27/4/2017, 11/7/2017,12/9/2017
Tingkatan 6 : 26/4/2017, 18/7/201, 11/9/2017
Tempat :Bilik Tayangan dan Bilik Mesyuarat
Pelajar
: Tingkatan 3, 5dan 6
3. Sehubungan
dengan itu, adalah dimohon bagi kelulusan dan peruntukan bagi melaksanakan
program ini. Disertakan juga kertas kerja program bagi rujukan pihak tuan.
4. Segala
perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
Yang Benar,
…………………….
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah
KERTAS
KERJA
PROGRAM
SENTUHAN
KASIH KECEMERLANGAN PT3, SPM DAN STAM
PADA :-
Tingkatan
3 : 2/5/2017,20/7/2017, 14/4/2017
Tingkatan 5 : 27/4/2017, 11/7/2017,12/9/2017
Tingkatan 6 : 26/4/2017, 18/7/201, 11/9/2017
BERTEMPAT
DI :-
BILIK
TAYANGAN DAN BILIK MESYUARAT
ANJURAN:-
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KECEMERLANGAN
PT3, SPM DAN STAM
SMA
AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH
KERTAS KERJA SENTUHAN KASIH KECEMERLANGAN PT3 ,SPM DAN STAM
SMA AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH, ARAU, PERLIS
- PENDAHULUAN
Kertas kerja ini dicadang untuk
dilaksanakan sebagai satu persediaan yang baik dan mantap kepada sekolah ini dalam
persediaan pelajar kea rah peperiksaan PT3 ,SPM dan STAM.
- OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pesediaan ke arah peperiksaan.
2.2 Mengukuhkan interaksi pentadbiran dan pelajar
berkaitan kecemerlangan.
2.3
Membina keyakinan diri yang mantap di kalangan pelajar.
2.4 Menyediakan gerakerja yang menjurus kepada
mencapai matlamat sekolah.
- MATLAMAT
3.1 Memupuk daya ke arah persediaaan kecemerlangan di kalangan
pelajar dan seterusnya menyumbang kepada
sekolah.
3.2 Membina keyakinan diri
pelajar bagi berdepan dan menguruskan diri ke arah kecemerlangan dalam
peperiksaan.
3.3 Menyediakan satu gerakerja atau
program yang menjurus kepada matlamat sekolah
3.4 Membina dan mengeratkan hubungan
silaturahim sesama pelajar dan guru .
- KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah semua
Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6.
- PERLAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan di
dalam bentuk kem. Perlaksanaan aktiviti ini adalah program dalam dan luar
dewan. Kem ini juga akan diadakan seperti maklumat dibawah :-
Tarikh :
Tingkatan 3 :2/5/2017,20/7/2017, 14/4/2017
Tingkatan 5:27/4/2017, 11/7/2017,12/9/2017
Tingkatan 6 : 26/4/2017, 18/7/201, 11/9/2017
Tempat :Bilik tayangan dan bilik
mesyuarat
Peserta
: 3,5 dan 6.
Program lebih kepada perjumpaan setiap kelas mengikut masa yang ditetapkan , pengisian lebih kepada matlamat dan hala tuju oleh UBK, perbentangan result pelajar secara individu oleh Pengetua dan PK1 , seterusnya target pelajar setiap kali pertemuan bersama kaunselor , pengerusi kecemerlangan ,setiausaha kecemerlangan, naib setiausaha kecemerlangan, mentor pelajar, guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. Pertemuan bersama pelajar selepas sumatif, selepas peperiksaan pertengahan tahun ( sebelum percubaan PT3, SPM dan STAM) dan selepas keputusan percubaan.
Penghargaan diberi kepada setiap kali peningkatan dalam peperiksaan .
6. TENTATIF PROGRAM
RUJUK JADUAL LAMPIRAN
7.ANGGARAN
PERBELANJAAN PROGRAM
PENDAPATAN
PCG UBK RM
500.00
PCG
PANITIA TINGKATAN 3, 5 DAN 6 RM 500.00
Jumlah
Pendapatan RM 1,000.00
PERBELANJAAN
Bahan
Program RM 1000.00
Jumlah Perbelanjaan RM 1000.00
8.AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM
Pengerusi :
SETIAUSAHA :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :-
SEMUA AJK
KECEMERLANGAN TINGKATAN 3 ,5 DAN 6
9.PENUTUP
Perlaksanan program ini
sekurang-kurangnya dapat menyemai kesedaran dan sikap prihatin dalam kalangan pelajar
AL MAAD dalam membina kecemerlangan diri. Seterusnya memberi pencapaian yang
lebih cemerlang berbanding tahun sebelum ini.
Disediakan Oleh :-
……………………………..