Isnin, 22 Disember 2014

Murtabak Roti Cheesy .... sumber fb

Murtabak Roti Cheesy

Bahan-bahannya
12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

 

mol baja untuk serangga.....baja semulajadi..sumber fb


Puding roti buah buahan ( kukus )

  Puding roti buah buahan ( kukus )

Susu pekat 1 tin, roti keping l paket besar, air 2 - 3 gelas, telur 3 biji, sedikit perisa vanila, sedikit gula, kismis, kurma...campur semua biar 20 minit, lepas tu kukus 30 minit


Untuk Sos Di Atas 
4 sudu tepung kastard kacau dalam semangkuk air
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
Buah-buahan dalam tin dan buahan kering

Kacau dengan tepung, susu pekat dan susu cair dalam periuk dgn menggunakan api perlahan. Bila dah masak tuangkan atas puding dan hias dengan buah-buahan.



Ahad, 21 Disember 2014

patato fritters ...sumber fb

POTATO FRITTERS
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

Cara2nya
~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos

 

Karipap pusing ..... sumber fb

KARIPAP PUSING
Cara-cara
Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
Penerangan
1. Sediakan doh marjerin dan uli hingga berminyak
2.sediakan doh minyak + air , di uli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerin
3. Letak doh marjerin dalam doh minyak
4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerin dengan doh minyak.
5.Canaikan doh.
6.Potong doh yang di canai.
7. Gulung doh
8.canai sekali lagi
9.Gulong doh kali ke 2
10.Potong guna pisau doh yg di gulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng,
Bahan-bahan untuk Inti Karipap:
- 4 biji kentang
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
- 5 helai daun kari (tapi saya tak letak)
- 1 sudu serbuk bilis
- Secubit garam
Cara Buat Inti Karipap:
1. Kentang dikupas dan dipotong dadu.
2. Rebus kentang hingga hampir empuk.
3. Angkat, toskan dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
5. Tumis hingga kekuningan.
6. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
7. Masukkan serbuk bilis dan garam.
8. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi.
9. Kacau sebati hingga kuah kering.
10. Angkat dan ketepikan.