Ahad, 21 Disember 2014

Karipap pusing ..... sumber fb

KARIPAP PUSING
Cara-cara
Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
Penerangan
1. Sediakan doh marjerin dan uli hingga berminyak
2.sediakan doh minyak + air , di uli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerin
3. Letak doh marjerin dalam doh minyak
4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerin dengan doh minyak.
5.Canaikan doh.
6.Potong doh yang di canai.
7. Gulung doh
8.canai sekali lagi
9.Gulong doh kali ke 2
10.Potong guna pisau doh yg di gulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng,
Bahan-bahan untuk Inti Karipap:
- 4 biji kentang
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
- 5 helai daun kari (tapi saya tak letak)
- 1 sudu serbuk bilis
- Secubit garam
Cara Buat Inti Karipap:
1. Kentang dikupas dan dipotong dadu.
2. Rebus kentang hingga hampir empuk.
3. Angkat, toskan dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
5. Tumis hingga kekuningan.
6. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
7. Masukkan serbuk bilis dan garam.
8. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi.
9. Kacau sebati hingga kuah kering.
10. Angkat dan ketepikan.