Selasa, 9 Disember 2014
Lawatan seharian di Penang
Percutian seharian memang masa padat juga... kami bertolak dalam pukul 9 pagi ke Penang dari Perlis .Kami naik feri Penang dengan kereta untuk ke Pantai Miami , Batu Feringgi Penang. Sampai di Batu Feringgi dalam pukul 12.30 tengahari. Berkelah sambil main2 tepi laut sampai hampir pukul 4, meriah betul ramai orang. Seterusnya kami ke Taman Herba. Bayaran RM20 seorang, banyak herba2 ada disitu disamping latar semulajadi seperti air terjun , air kolam teratai, byk bunga2 dan lain-lain. Setelas bersiar-siar disitu. Kami ke Padang Kota makan pasembor dalam pukul 6 lebih.. meriah dan ramai orang. Ok la byk pilihan pasembor tapi jangan terkejut harganya pun meriah. Untuk makan kami seramai 5 orang pun dalam rm54 tak termasuk air. Ada yang keluarga yang disebelah kami makan dan bungkus dalam RM160 lebih. Tak pa la sekali sekala..kalau kerap mau kopak beg duit..he..he..he.. setelah menikmati nyanyian pemuzik jalanan dan permandangan laut di Padang Kota. Dalam pukul 7.30 petang kami bertolak ke Sungai Petani untuk menghantar saudara, dalam pukul 10 kami bertolak pulang ke Perlis...........................ok la tu percutian sehari, apapun jangan abaikan solat dan masa bersama keluarga.........