Rabu, 10 Disember 2014

RESEPI SOLOK LADA....sumber fb

RESEPI SOLOK LADA
Bahan-Bahan:
10 tangkai cili hijau
5 ekor isi ikan selayang/kembung-direbus
1/2 cawan kelapa parut putih
3 ulas bawang merah
lada hitam kisar (mengikut kepedasan)
1 cawan santan cair
perasa- garam, gula, ajinomoto

Cara Menyediakannya..
-belah bahagian atas cili hijau. Tumbuk lada hitam dan bawang merah
-kemudian, masukkan isi ikan dan perasa. Tumbuk sehingga isi ikan lumat
-masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi. Sumbat isi ikan tadi di dalam belahan cili hijau
-rebus cili tersebut bersama dengan sedikit santan cair
-rebus selama 30 minit
-sedia dihidang bersama nasi kerabu ataupun nasi putih