Resepi Kuih KOSOI@KASWI
Bahan-bahan:
2cawan tepung gandum
1/2cawan tepung ubi
5cawan air
1cawan gula merah@gula melaka (kalau guna gula melaka racik halus)
1cawan gula pasir
2 sudu teh kapur
Kelapa muda parut & garam
Cara-cara :
- campurkan 3 cwn air bersama semua bahan kecuali kelapa muda & garam & kisar hingga sebati
- tapis dalam bekas & masukan baki 2 cwn air (nak masukan sekali 5 cwn x muat)
- sapu sedikit minyak pada loyang @ acuan & kukus (30 minit jika
dlm loyang & 15 minit jika dalam acuan kecil - balut kain penutup
kukusan)
- biarkan betul2 sejuk baru digaul dengan kelapa yg telah digaul garam
(kalau nak makan pagi malam dah boleh buat)
* ikut resepi asal kedua2 gula dimasak dengan sedikit air, sejukan, tapis baru dicampur dengan bahan lain.