Khamis, 11 Disember 2014

BRIM 2015 - KEMASKINI MAKLUMAT



Mulai 1 Disember 2014 dah boleh update  maklumat 2015 ,brim 2015.

Ada 2 cara untuk update Brim

1. Online Portal Rasmi Brim LHDNM di alamat   https://ebr1m.hasil.gov.my


2. Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)2015(BK-01) yang boleh ambil kat Cawangan/Pusat Khidmat Hasil /UTC LHDNM ...Dah siap isi kembalikan semula disitu.

Pengalaman tolong bantu orang urus kan Brim tahun lepas la....keadaan tempat duit diberikan amat sibuk dan bising. Dengan penerima Brim yang muda2 kadangkala pentingkan diri kerana menolak badan orang2 tua ke depan konon nak bagi lancar. Keadaan panas kot buat dia orang kurang sabar. Apapun yang ada ibubapa2 atau saudara2 yang tua2 ni seeloknya tolong la daftar untuk masukkan duit ke bank mereka. Bukan apa kesian la sebab ada yang pitam dan sakit terpaksa dimasukkan dihospital pada hari tersebut.